Wednesday, September 5, 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN TAHUN 6 2012

Murid tahun 6 bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan dan didoakan agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik serta beroleh kejayaan. Banyak program-program yang telah dijalankan untuk memberi peransang kepada murid-murid ini , dan salah satunya adalah majlis bacaan Yassin yang diadakan pada setiap pagi Jumaat setiap minggu bermula dari bulan Jun dan akan berakhir pada Jumaat(7 September 2012) ini. Yassin dibacakan oleh murid dan guru pada pukul 7.30 hingga 8.00 pagi.
Semoga usaha ini diberkati dan mendapat ganjaran daripada Allah.

No comments:

Post a Comment