... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 26, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-34)

Hari     :   Isnin
Tarikh  :   24 September 2012
Masa   :   7.30 - 8.00 pagi

GURU BERTUGAS MINGGUAN

     1.  Muhammad Zainuddin bin Kalam
     2.  Noriza bt Md Nor
     3.  Azlina bt Mat Isa
     4.  Roslina bt Jaafar
     5.   Norliza bt ali
     6.  Norli bt Hassan
     7.  Norinna bt Mohamed
     8.  A'ishah bt Mohamad Nor

LAPORAN / ULASAN
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix).
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cikgu Norliza Ali. 
  4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Kamal Aizam  (6 Xenix).
LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS 
(PN. MUSALIHA BT MUSTAFA)
  1. Murid-murid dinasihatkan agar tidak berada di dalam kelas pada waktu rehat.
  2. Murid-murid tahun 6 diingatkan supaya menjaga kebersihan kelas dan memastikan susunan kerusi meja berada dalam keadaan kemas dan tersusun walaupun mereka jarang berada di dalam kelas.
  3. Murid juga diingatkan agar berbaris ketika bergerak ke bilik-bilik khas agar pergerakan mereka terkawal dan lebih berdisiplin.
PEMENANG PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

   TAHUN EMPAT  

   Tempat pertama : 4 Seraya 
   Tempat kedua.   : 4 Resak   
   Tempat ketiga    : 4 Cengal

   TAHUN LIMA  

  Tempat pertama : 5 Merpati  
  Tempat kedua.   : 5 Merbok    
  Tempat ketiga    : 5 Merak

   TAHUN ENAM  

  Tempat pertama : 6 Xenix  
  Tempat kedua.   : 6 Windows  
  Tempat ketiga.   : 6 Solaris

UCAPAN GURU BESAR, ENCIK SUKIMIN BIN JUKI

1.  Mengingatkan murid-murid agar menghormati lagu  serta menjaga etika  semasa perhimpunan.
2.  Menjaga disiplin diri dan  juga menghormati orang lain.
3.  Mematuhi peraturan yang telah dipupuk dalam diri sejak kecil.
4.  Mengingatkan murid perlunya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
5.  Guru-guru mata pelajaran pertama diingatkan supaya memastikan kelas dibersihkan sebelum
     pembelajaran dimulakan.
6.  Murid juga ditegur supaya memastikan habuk-habuk pensel benar-benar masuk ke dalam tong 
     sampah semasa mengasah pensel.

PERKATAAN LAWAD 

Bahasa Malaysia  :  Cemerkap  - kurang cermat
Bahasa Inggeris   :  Disease      - penyakit
Bahasa Arab       :  Mustashfa   -  hospital

Perhimpunan berakhir pada jam 8.00 pagi.

Disediakan oleh,
Norli binti Hassan
         




No comments:

Post a Comment