... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 11, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN (MINGGU KE 21) SESI PETANG

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN (MINGGU KE 21) SESI PETANG

Hari : Isnin
Tarikh : 10 Jun 2013
Masa : 6.10 – 6.40 petang

Guru Bertugas:
1.  En. Wan Mohd Roswandy (Ketua)
2.  Pn. Nor Maziah Abd Malek
3.  Pn. Azura Farina Abdullah
4.  Pn. Suraini Chek Li
5.  Pn. Noor Hafizan Che Abd Rahman
6.  Pn. Jamunarani

LAPORAN

1.      Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.      Bacaan doa oleh adik Neo Izarif (3 Omega).
3.      Bacaan Ikrar Rukunegara dan ikrar keselamatan jalan raya oleh Puan Nor Maziah.
4.      Bacaan ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha (3 Zeta).

5.      Laporan Guru Bertugas Minggu Persekolahan Yang Lepas (Puan Azizah)
5.1  Menjadikan amalan menjaga kebersihan kelas dan sekolah tanggungjawab bersama.
5.2  Menggunakan tong sampah yang telah di sediakan di dalam kelas dan di sekitar kawasan sekolah untuk membuang sampah bagi mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

6.      LAWAD
6.1  Bahasa Malaysia – fiksyen (cerita yang dihasilkan daripada imaginasi.                              
                                        Contoh cerpen, careka)
6.2 Bahasa Inggeris   - bin (tong sampah)
6.3 Bahasa Arab        - dikun (ayam jantan)

7.   Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
7.1 Tahun 1
1.  Hematologi
2.  Anestesiologi
3.  Radiologi
             7.2 Tahun 2
                        1.  Marikh
                        2.  Zuhrah
                        3.  Pluto
             7.3 Tahun 3
                        1. Zeta
                        2. Alfa
                        3. Theta

8.  Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nor Maziah)
Tema: Mengamalkan nilai-nilai murni
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Ia penting diamalkan untuk melahirkan insan yang berahklak mulia. Antara nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap murid adalah seperti:
1.      Rajin – berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita
2.      Berdisiplin – mematuhi peraturan
3.      Kebersihan – menjaga kebersihan fizikal (diri dan persekitaran)
4.      Hormat – menghormati ibu bapa, guru, orang yang lebih tua dan rakan.
5.      Bertanggungjawab – menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna

9.  Pengumuman
9.1              Kelas tasmek adakan dijalankan seperti biasa.
9.2              Kegiatan kokurikulum akan dimaklumkan kemudian.

10. Ucapan Penolong Kanan Petang ( Encik Rosdin b Ibrahim)
10.1          Mengalukan kehadiran murid setelah sekian lama bercuti.
10.2          Mengingatkan pentingnya amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk menjadi murid yang baik, berakhlak mulia dan berjaya.  
10.3          Pergerakan murid tahun satu ke kelas baru (streaming class).
10.4          Banyak program yang akan dijalankan dalam penggal kedua ini dan   murid diingatkan supaya bersedia. Contoh sukan dan aktiviti hari Sabtu (Kem Bestari Solat)

Perhimpunan ditamatkan pada pukul 6.40 petang.


Disediakan oleh,
NOR MAZIAH BT ABD MALEK

No comments:

Post a Comment