Masa : 8.00 pg - 1.00 tgh hari
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Matematik
dan PIBG
Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul di dalam pembelajaran samada di sekolah atau di rumah. Di samping itu, program ini juga bermatlamat bagi melahirkan ibu bapa / guru yang berkesan mendorong perubahan sikap dan tingkah laku anak.
Seramai 91 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Sebelum program ini bermula, pihak sekolah telah memberi penerangan dan mengedarkan borang Sarana Sekolah untuk penambahbaikan pengurusan sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan.
| Program Sinergi Ilmu. |
| Sesi pendaftaran ibu bapa. |
| Encik Saifullah membacakan doa. |
| Encik Rosdin menerangkan mengenai borang Sarana Sekolah. |
| Turut hadir, YDP PIBG Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. |
| Penceramah program, Puan Nurhidayah bt Jaafar. |
| Antara peserta yang hadir. |
| Aktiviti bengkel dijalankan bersama peserta.
Sesi soal jawab
|
No comments:
Post a Comment