... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 25, 2013

Sumbangan Topeng Muka Kepada Semua Murid dan Warga SKTPP

Pihak sekolah telah menerima sumbangan topeng muka "Face Mask" daripada En Ahmad Aidiy bin Hj Talib yang mewakili YB Shahrum Dato Mohd Shariff ADUN Dengkil. Turut serta bersama ialah Puan Norlida bt Parjoh, Pegawai Jasa Sepang.

Penyerahan kotak topeng muka oleh En Ahmad Aidiy bin Hj Talib kepada En Sukimin (GB SKTPP).

Pada 4.40 petang tadi, Penyelia Petang, En Rosdin bin Ibrahim telah memyampaikan taklimat cara pemakaian topeng muka yang betul kepada murid - murid sesi petang dan seterusnya memberikan topeng muka tersebut kepada semua murid.

Gambar-gambar semasa penyerahan topeng muka tersebut:

Taklimat pemakaian topeng muka oleh En Rosdin b Ibrahim.

En Rosdin menunjukkan cara pemakaian topeng muka yang betul.

En Rusydan juga menjadi model untuk pihak guru - guru.

Sesi pemakaian topeng muka.

Semua murid memakai topeng muka.

Puan Nik Rosmaliza bersama - sama murid memakai topeng muka.


Disediakan oleh;
Pn Grace a/p Danaraj.



No comments:

Post a Comment