... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, June 22, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS DARI SMK SERI BINTANG SELATAN

Tarikh   :  22 Jun 2013
Hari      : Sabtu
Masa    : 9:00 pagi 

Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur. 

Lawatan ini diketuai oleh Penolong Kanan Tadbir, Puan Nafisah binti Haji Hashim dan turut serta seramai 28 orang guru yang terdiri daripada Penolong Kanan, SUPBS, Ketua Bidang dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi Taklimat PBS yang disampaikan oleh PK 1 , Puan Siti Habsah binti Ahmad. Perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama semasa sesi taklimat dan sesi soal jawab juga berjalan lancar. Semua peserta lawatan yang datang berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS yang diberikan. Mereka juga menunjukkan respon yang positif melalui komunikasi dua hala semasa proses taklimat tersebut. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.


Berikut adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang tempoh lawatan tersebut:

Mengalu-alukan kedatangan Pn Nafisah bt Hj  Hashim, Penolong Kanan Tadbir SMK Seri Bintang Selatan

Encik Rosdin bin Ibrahim, Penolong Kanan petang
 menyambut ketibaan tetamu dengan hati yang terbuka.

Penerangan dan taklimat PBS dari Pn. Siti Habsah bt Ahmad,  Penolong Kanan  1.
Pihak sekolah menerima cenderahati daripada SMK Seri Bintang Selatan


Barisan guru-guru SMK Seri Bintang Selatan yang turut serta  bergambar kenangan
setelah selesai mendengar taklimat daripada Pn Siti Habsah binti Ahmad.

Menikmati minum pagi yang disediakan oleh pihak sekolah

Lawatan ke bilik PBS dan sesi soal jawab bersama fasilitator.

Pn Arnny Yusnita bt Md.Enarji menunjukkan pemetaan evidens yang dilaksanakan.

Pn. Julaili  bt Onian turut memberi penjelasan tentang PBS.

Barisan Ketua Panitia Mata Pelajaran SMK Seri Bintang Selatan.


Disediakan oleh :
Aznita binti Ahmad dan Azura Farina binti Abdullah

No comments:

Post a Comment