... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 18, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN (MINGGU 22) SESI PETANG

HARI      :   Isnin
TARIKH  :  17 Jun 2013
MASA     :  6.10 - 6.40 petang


GURU BERTUGAS:
1. Pn. Jumilah bt. Ahmad
2. Pn. Nor Arzah bt. Hussin
3. Pn. Rashidah bt. Mahmad
4. Pn. Suhaizan bt. Sukiman

5. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
6. Pn. W. Rosmawati bt. W. Ibrahim (cuti bersalin)

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha b. Mohd Fadzir (3 Zeta).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suhaizan bt. Sukiman.

d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Alya Fariha bt. Azairy (3 Sigma).

2. Laporan guru bertigas minggu lepas (Pn. Azura Farina bt. Abdullah)


a) Beliau menasihati murid menjaga kebersihan di dalam kelas terutama kebersihan lantai. Murid hendaklah membuang sampah di bakul sampah dan bukannya di lantai atau di dalam laci meja murid.
b) Murid dilarang berlari semasa waktu rehat dan hendaklah memasukkan semua bekas makanan dan minuman yang dibeli dari kantin ke dalam besen yang disediakan.
c) Murid dinasihati tidak bermain di kawasan letak kereta guru dan mengguris kereta guru.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Suhaizan bt. Sukiman)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu   : Gua (lubang besar di kaki bukit)
Bahasa Inggeris  : Mermaid (duyung)
Bahasa Arab       : جديد Jadidun (baru)

4. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 

TAHUN 1   JOHAN           : 1 Hematologi

                  NAIB JOHAN  : 1 Respiratori
                  KETIGA         : 1 Anestesiologi

TAHUN 2   JOHAN           : 2 Zuhrah
                  NAIB JOHAN  : 2 Utarid
                  KETIGA         : 2 Musytari

TAHUN 3   JOHAN           : 3 Delta
                  NAIB JOHAN  : 3 Alfa
                  KETIGA         : 3 Zeta

5. Pengumuman

a) Kelas Tasmik berjalan seperti biasa pada minggu ini.


6. Ucapan Guru Disiplin Petang (Pn. Arnny Yusnita bt. Md Enarji)

a) Beliau melarang murid untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah seperti kad-kad bergambar dan penutup botol.

b) Menasihati murid untuk memakai pakaian sukan bila latihan rumah sukan yang akan bermula minggu depan.
c) Menasihati murid untuk memakai pakaian pendidikan jasmani untuk mata pelajaran pendidikan jasmani dan menjaga kekemasan.
d) Murid hendaklah menjaga kebersihan diri terutama kekemasan rambut, kuku dan pakaian sekolah.
e) Murid hendaklah terus ke Dewan Perdana dan Dewan Putra pada waktu hadir ke sekolah dan hendaklah menggunakan laluan yang telah ditetapkan dan bukannya menggunakan laluan di kelas Tahap 2 dan Dataran Perhimpunan.

7. Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin b. Ibrahim)

a) Beliau menasihati semua murid untuk memberi tumpuan di dalam kelas dan terhadap semua mata pelajaran. Ilmu yang diperolehi adalah penting untuk menjadi insan yang berguna.

b) Meminta semua murid Tahun 1 untuk hadir Program Kem Bestari Solat kali kedua pada Sabtu ini. 

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.

Pengerusi majlis dan guru bertugas, Pn. Suhaizan


Guru bertugas minggu lepas, Pn. Azura Farina

Penolong Kanan Petang, En. Rosdin b. Ibrahim menyampaikan hadiah kebersihan dan keceriaan kelas

Guru dispilin petang, Pn. Arnny Yusnita


No comments:

Post a Comment