Monday, March 31, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 13 SESI PAGI ( 31 MAC - 4 APRIL 2014 )


GURU -GURU YANG BERTUGAS:
  1. En. Mohd Kamarul Bin Rahman
  2. Pn Zuraini Bt Ismail
  3. Pn Noranismawati Bt Faudzi
  4. Pn Siti Rabiah Bt Mohamed
  5. Pn Nor Syifa Bt Khadir
  6. Pn Zailezah Bt Sardi
  7. Pn Nur Zainon Bt Razali
  8. Pn Norziani Bt Zubir
  9. Pn Safinatunnajjah Bt Mat Som

Barisan guru yang bertugas

Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
  1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn Noranismawati
  2. Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal Bin Rahmat
  3. Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : En Mohd Kamarul
  4. Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn Norli
  1. Tahap kebersihan kelas
  • Tahap kebersihan kelas agak memuaskan pada minggu lepas. Diharapkan murid teruskan usaha memastikan kelas sentiasa bersih
     2.  Pergerakan murid ke bilik-bilik khas dan waktu rehat
  • Murid- murid berlari untuk masuk ke bilik-bilik khas. Diharap selepas ini semua murid mengamalkan disiplin yang baik ketika bergerak.
     3. Teguran untuk murid Tahun 6 pada waktu rehat
  • Pada waktu rehat murid Tahun 6 tidak beratur , bising dan tidak terkawal selepas loceng berbunyi berakhirnya rehat. Diharapkan semua murid mengamalkan sikap beratur ketika rehat
      4. Makan di kantin
  • Ketika makan di kantin murid tidak sopan, berdiri dan bercakap. Ramai murid meninggalkan pinggan dan gelas selepas makan di atas meja. Diharap semua murid menjaga tingkah laku di kantin ketika makan.
 Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
  1. Kelas PPKI 
  • Tempat pertama Apple. Tempat Kedua Lenovo. Temapat ketiga Compaq   
    2.  Tahun 4
  • Tempat pertama Gamma. Tempat kedua Beta. Tempat ketiga Theta.
     3. Tahun 5
  • Tempat pertama 5 Exora. Tempat kedua Waja. Tempat ketiga Wira
     4. Tahun 6
  • Tempat pertama Resak. Tempat kedua Keruing. Tempat ketiga Jati.

Ucapan guru bertugas pada minggu ini. ( Encik Mohd Kamarul )
  1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  2. Perkataan lawad pada minggu ini:
  • Bahasa Melayu- mayang ( bunga kelapa )
  • Bahasa Inggeris - listen ( dengar )
  • Arab -  'uthlatun ( cuti )
    3. Penggunaan makmal 
  • Makmal 1 - 6 Resak
  • Makmal 2 - 5 Exora
  • Makmal 3 - 4 Delta
Penyampaian hadiah untuk Majlis Tilawah Alquran peringkat daerah.

Tarikh : 19. Mac.2014 Rabu
Tempat : SMK Seri Sepang
PPKI
  1. Nor Hidayatul Adlina Bt Rosli - Johan untuk Tilawah
  2. Nural Zaitun Bt Zahari - Naib Johan untuk Hafazan
Ucapan berkaitan disiplin ( En Tarmiji )

Encik Tarmiji memberikan ucapan tentang disiplin berkaitan tidak hadir ke sekolah. 
2.5.3 menyatakan murid yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari mestilah meminta waris atau 
        penjaga memberitahu kepada pihak sekolah melalui surat. Amaran 1 ,2 dan 3 akan
        dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut- turut.
2.5.4 Kesan ketidakhadiran murid berturut-turut tanpa sebab selama 2 minggu tanpa surat tindakan 
        akan diambil iaitu dibuang sekolah

Ucapan berkaitan disiplin oleh Encik Tarmiji

Ucapan dari pihak pentadbir ( Pn Habsah Bt Ahmad - PK1 )
Ucapan tahniah kepada semua murid kerana menghadirkan diri ke sekolah untuk menyambung tugas seorang pelajar. 
  1. Menerima keputusan peperiksaan pada hari ini
  • Murid Tahun 6 yang menerima keputusan peperiksaan hari ini perlu memulakan langkah pertama mengenal kelemahan diri. Murid yang mendapat A haruslah kekalkan dan tingkatkan usaha
    2. Mesin air
  • Terdapat 2 mesin air di tepi surau dan bilik kaunseling. Murid diingatkan apabila masukkan duit sekiranya air tiada sila berjumpa dengan Ustaz Zurilazman dan Encik Jamilulai untuk dapatkan kembali duit tersebut. Murid tidak boleh menendang atau mengetuk mesin tersebut untuk dapatkan kembali  duit tersebut. 
     3. Berkaitan SAPS
  • Semua guru perlulah masukkan markah murid dengan kadar yang segera. Guru Tahun 6 subjek teras sila masukkan TOV dan ETR dalam SAPS untuk bulan April dengan kadar segera untuk dibawa ke PPD. Ketua panitia untuk mata pelajaran perlulah membuat post mortem.
Ucapan dari Pn Habsah 

Disediakan oleh;
Pn Nor Syifa Bt Khadir

No comments:

Post a Comment