Wednesday, March 19, 2014

BENGKEL PENULISAN NOVEL DAN MELUKIS KOMIK ANJURAN PTS DI SK TAMAN PUTRA PERDANA

Pada 18hb Mac 2014, telah diadakan Bengkel Penulisan Novel dan Bengkel Melukis Komik di Pusat Sumber dan Bilik Mesyuarat selama 2 jam bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Bengkel ini adalah anjuran pihak PTS Publication dan melibatkan 100 orang peserta yang terdiri daripada murid tahap 2 iaitu  tahun 4,5 dan 6. Bengkel Penulisan Novel dikendalikan oleh Pn. Husna dan Bengkel Melukis Komik dikendalikan oleh En.Nazri Salam.

Bengkel tersebut telah diadakan untuk memberi pendedahan tentang penulisan novel dan melukis komik di samping dapat mencungkil bakat terpendam  yang ada dalam kalangan  kepada murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Antara paparan yang dapat dikongsi sepanjang bengkel berlangsung.


                                  BENGKEL PENULISAN NOVEL DI BILIK MESYUARAT

Pn Husna Adnan (penulis novel PTS) sedang mengendalikan bengkel. 
Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan.
Salah seorang peserta yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pn.Husna.
Sesi menandatangani autograf untuk kenang-kenangan.
BENGKEL MELUKIS KOMIK DI PUSAT SUMBER
En. Nazri Salam menunjukkan  demonstrasi melukis komik.
Salah seorang peserta  sedang menunjukkan bakat melukis komik.
Peserta bengkel sangat teruja melihat demonstrasi yang ditunjukkan.
Salah satu daripada hasil kerja murid.
Adik Asyraf sedang membuat lakaran ekspresi muka.
Sesi tandatangan 
Penyampaian cenderamata oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.
Sesi bergambar bersama wakil PTS selepas bengkel.

No comments:

Post a Comment