Saturday, March 15, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 2014

Pada 15 Mac 2014, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Rahim bin Abdul Latiff, Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan, Institut Pendidikan Guru Malaysia. Turut hadir bersama ialah Puan Ruzaimah binti Razali, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Mesyuarat Agung ini bertujuan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetuskan idea yang bernas demi menjana kemajuan dan meningkatkan akademik, disiplin dan kokurikulum di sekolah ini. Kejayaan sesebuah sekolah tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru. 

Majlis ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Berikut ialah paparan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Pendaftaran ibu bapa/penjaga
Pendaftaran guru
Tetamu berada di Bilik Menunggu
Barisan tetamu VIP, pentadbir sekolah , AJK PIBG , ibu bapa dan guru
berada di Dewan Perdana
Ibu bapa yang hadir
Barisan guru-guru
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Persembahan video korporat program dan sumbangan PIBG
Ucapan Guru Besar, Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali
Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Suffian
Ucapan perasmian oleh
Encik Rahim bin Abdul Latiff
Penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2013/2014 
disampaikan oleh Encik Rahim bin Abdul Latiff









Penyampaian cenderamata kepada
Encik Rahim bin Abdul Latiff

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013 
disampaikan oleh Puan Ruzaimah binti Razali









Penyampaian cenderamata kepada
Puan Ruzaimah binti Razali
Persembahan oleh murid PPKI
Persembahan Pop Yeah Yeah oleh
murid Tahap 1
Persembahan nasyid oleh murid Tahap 2
Lawatan ke Bilik PIBG
Bilik PIBG SKTPP yang digunasama sebagai Bilik Aktiviti PPKI

Sesi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 Tahun 2014



Usul daripada wakil ibu bapa
Barisan AJK PIBG Sesi 2014/2015 bersama barisan pentadbir SKTPP

No comments:

Post a Comment