Friday, March 21, 2014

LAWATAN DARIPADA TAMBON NHONG KROD ADMINISTRATION ORGANIZATION THAILAND

Pada 21 Mac 2014 yang lalu SK Taman Putra Perdana telah menerima kunjungan lawatan daripada Tambon Nhong Krod Administration Organization, Nakornsawan, Thailand seramai 40 orang. Rombongan dari Thailand ini telah tiba di SK Taman Putra Perdana pada pukul 3:00 petang. Kehadiran tetamu ini di sambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis dimulakan dengan membawa pihak rombongan menyaksikan persembahan daripada murid tahun 1 dan 3 di Dewan Perdana.
   Kemudian tetamu yang hadir dibawa ke bilik mesyuarat untuk ucapan dari Guru Besar, wakil dari Tambon Nhong Krod Administration Organization. Sebelum majlis berakhir video mengenai sekolah dipaparkan. Tetamu diberi sedikit jamuan dan cenderahati. Semoga ikatan antara pihak Thailand dan Malaysia terus terjalin.

Guru Besar mengiringi kehadiran tetamu
Sambutan kehadiran
Kehadiran tetamu disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang 
Persembahan murid Tahap 1
Bergambar bersama delegasi Thailand
Ucapan Guru Besar mengenai SK Taman Putra Perdana dan Pendidikan di Malaysia
Video yang dipaparkan
Menerima cenderahati
Turut sama mempromosikan "KAMI BENCI DADAH"

No comments:

Post a Comment