... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, March 12, 2014

PROGRAM MENTOR MENTEE KALI PERTAMA 2014

Program Mentor Mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Program ini akan dijalankan sebulan sekali  dan mengambil masa selama 30 minit untuk setiap perjumpaan.

Alhamdulillah, Program Mentor Mentee kali pertama telah dilaksanakan di SK Taman Putra Perdana. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat dalam program ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian semua.

Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee adalah seperti butiran yang berikut:
TAJUK: MENTEEKU SAYANG
TARIKH: 11 MAC 2014 (SELASA)
MASA: 30 MINIT
TEMPAT: DI DALAM KELAS MURID
SASARAN: MURID TAHAP 2

OBJEKTIF:
1.   Mentor dapat membina hubungan (Rapport) dengan mentee
2.   Mentee dapat beramah mesra dengan mentor
3.   Mentor prihatin terhadap latar belakang mentee
 
RUMUSAN:
1.   Mengenali mentee merupakan elemen yang penting dalam membina hubungan mesra
2.   Mengenali mentor juga akan mewujudkan rasa saling sayang dan mempercayai antara satu sama lain
3.   Kita perlu mewujudkan rasa sayang, prihatin dan mengenali dengan mendalam setiap mentee dan juga mentor bagi mewujudkan rasa kekeluargaan dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam hidup



Mentor sedang mengambil kehadiran mentee

Mentor mengenalpasti mentee yang tidak hadir dan bertanya khabar mentee

Mentee bersedia mendengar kata-kata mentor

Mentee menawarkan diri untuk memperkenalkan diri kepada rakan-rakan mentee

Wajah-wajah ceria mentor dan mentee

Mentee beramah mesra dengan mentor











No comments:

Post a Comment