Tuesday, May 27, 2014

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2014

  •    Kumpulan sasaran        - Murid tahun 1- 6 (SK Taman Putra Perdana)
  •   Tarikh                           -27 Mei 2014 (Selasa)
  •   Masa                            -7.20 - 9.30 pagi (Sesi pagi), 1.20 - 3.20 petang (Sesi petang)
  •   Tempat                          - Dewan SKTPP
  •   Aktiviti                          - Ceramah Israk Mikraj
Ceramah untuk murid tahap 1 (1, 2 dan 3) - Ustaz Asyapul Adli bin Wahab @ Saimin
Ceramah untuk murid tahap 2 (4, 5 dan 6) - Ustaz Ab Ghani bin Hashim

Sambutan ini diadakan  bertujuan untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda
Rasulullah S.A.W yang diangkat ke Sidratul Muntaha. Di samping memberi
pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa
penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk  membentuk akhlak murid-murid
dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup
ini. Diharap majlis ini dapat  menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan
bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Kecemerlangan
pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu,
berketrampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang
berteraskan Islam. 

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam
2. Mewujudkan contoh yang baik kepada murid-murid untuk diikuti
3. Menjana potensi murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
4. Merapatkan hubungan antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam
5. Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah sebagai asas
    perkembangan tamadun manusia
 
      Sepanjang program tersebut banyak info yang dapat diperolehi oleh murid dan guru.
Antaranya  tentang Israk dan Mikraj, pengorbanan dan kesabaran Rasulullah, sejarah
diwajibkan solat fardhu dan peristiwa yang berlaku sepanjang Israk dan Mikraj.  Melalui
ceramah sebegini diharapkan murid dapat memahami tentang peristiwa dan hikmah  Israk
dan Mikraj.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Majlis sambutan Israk dan Mikraj :

Sesi Pagi

       Ucapan dari Pengerusi Majlis - Ustaz Zurilazman
Bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mahadir
 
Murid mendengar ceramah dengan penuh perhatian

                           Ucapan dari Puan Hajjah Rohaidah - Guru Besar SK Taman Putra Perdana
Penceramah al- Fadhil Ustaz Ab Ghani bin Hashim


 Persembahan Nasyid yang merdu

Sesi Petang

 Ucapan Puan Rosmah PK Petang
 Persembahan Nasyid
 Murid- murid mendengar ceramah yang penuh mengandungi nasihat
 Penceramah dari Al- Fadhil Ustaz Ustaz Asyapul Adli bin Wahab @ Saimin

No comments:

Post a Comment