Tuesday, May 20, 2014

Bengkel Aplikasi Frog VLE Siri 2/2014

Bengkel Aplikasi Frog VLE Siri 2/2014 telah diadakan pada 20 Mei 2014 (Selasa) bermula dari jam 1.30 hingga 3.30 petang di Makmal Komputer 1. Seramai enam orang guru (Frog Teacher Champion) yang terlibat dalam merealisasikan 'The Exemplar Site Campaign' di bawah kelolaan Cik Azima binti Azmi, wakil Frogasia.

Peserta diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan laman PdP yang berkualiti menggunakan aplikasi Frog VLE. Laman PdP yang dihasilkan berjaya dimuatnaik ke 'moe repository' untuk dikongsikan bersama semua pengguna aplikasi Frog VLE di seluruh Malaysia.

Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang bengkel dijalankan:





Puan Arjunawati menerima sijil penyertaan
Sumbangan 'bunting' daripada pihak FrogAsia kepada SKTPP
sempena Hari Guru 2014
Peserta bersama sijil penyertaan


Semoga bengkel ini dapat memantapkan lagi kemahiran penggunaan platform frog VLE di samping memanfaatkan teknologi terkini.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Azima yang sudi memberi tunjuk ajar dan kepada para peserta yang berjaya menyumbangkan laman PdP untuk kegunaan semua.

No comments:

Post a Comment