... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 17, 2015

Majlis Perasmian Bilik Sumber PPDa & Pelancaran Buku Cenderamata PPDa


Majlis Perasmian Bilik Sumber PPDa dan pelancaran Buku Cenderamata PPDa telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana SKTPP. 

Majlis perasmian Bilik Sumber PPDa telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad; Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Majlis pelancaran buku cenderamata PPDa pula telah disempurnakan oleh Ikon PPDa SKTPP;  En. Mohd Amirullah bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak.
Di antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis adalah :

  • Pn. Zaharah binti Abdullah (Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPN Selangor)
  • Pn. Farah Fadiah binti Mohd Nasir (Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Sepang)
  • En. Zuhaimi bin Md. Nasir (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Sepang)
  • En. Rohaisyam bin Mohd Jombry (Penghulu Mukim Lanjut merangkap Setiausaha PEMADAM Daerah Sepang)
  • Tn. Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG SKTPP)
  • YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat (Naib YDP PIBG SKTPP)
  • Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Ibu Pejabat Kastam Diraja
  • Pengetua, Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Sepang serta wakil
Objektif majlis ini ialah untuk menguar-uarkan penggunaan Bilik Sumber yang optimum kepada masyarakat setempat, menggalakkan penglibatan secara aktif semua warga sekolah dan ibu bapa untuk menambahbaik Bilik Sumber PPDa di sekolah dan melibatkan peranan ikon PPDa dalam menjayakan program PPDa.

Diharapkan agar kewujudan Bilik Sumber PPDa ini dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah" sebagai visi PPDa KPM dan sekolah

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis...

Ketibaan tetamu
Ucapan dan persembahan


Guru-guru sedang menjalankan tugas

Pelancaran Buku Cenderamata

Perasmian Bilik Sumber PPDa

Penyerahan sijil & 'Mock Cheque'



















































Klik untuk laporan di Blog PPDa

No comments:

Post a Comment