Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi panitia Bahasa Malaysia. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Sehubungan Program Bulan Bahasa disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
Bulan Bahasa SK TAMAN PUTRA PERDANA berlangsung dari 19 September hingga 16 Oktober 2015. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia SKTPP untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.
OBJEKTIF BULAN BAHASA MELAYU
1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Malaysia
2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.
Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA antaranya tulisan cantik, mencari sisip kata, membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap satu manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 1. Jadual di bawah menunjukkan aktiviti yang dirancang sempena Bulan Bahasa bagi sesi sesi petang
AKTIVITI YANG DIRANCANG SEMPENA BULAN BAHASA (sesi petang)
TARIKH
|
AKTIVITI
|
1 Oktober 2015
|
Tahun 1 ( Bercerita)
Masa : 1.30-2.30 petang
Tempat : Dewan Perdana
|
8 Oktober 2015
|
Tahun 2 ( Bersajak)
Masa : 1.30-2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana
|
13 Oktober 2015
|
Tahun 3 ( Bercerita)
Masa : 1.30-2.30
Tempat : Dewan Perdana
|
Antara gambar-gambar yag dapat dikongsikan sepanjang majlis.
Pn Jumilah Ahmad selaku pengacara majlis sedang menyampaikan ucapan dan aluan. |
Murid-murid sesi petang begitu tekun mendengar ucapan. |
Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Program Bulan Bahasa Malaysia. |
Upacara perasmian |
Bergambar kenangan selepas majlis perasmian. |
Disediakan oleh
| Pn Shurhama bt Ahmad |
No comments:
Post a Comment