... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, September 7, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-31 (Sesi Pagi)

Hari:                Isnin

Tarikh:           7 September 2015

Masa:               7.30 – 8.00 pagi

 

1.0 Guru Bertugas
    •  Pn.Jamilah bt Mohd Yusuf
    •  Pn.Norasmawati bt Omar
    •  Pn.Zailezah bt Sardi
    •  Pn.Zuraini bt Ismail
    •  Pn.Nik Kamisah bt Mohd Aziz
    •  Pn. Mazzaini bt Muda
    • En Ahmad Zunaidi bin Jinalabin.

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah di bawah pimpinan adik Husna Aqilah bt Mohd Afzanizan
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
  • Ikrar murid diketuai oleh adik Iffah Firzana bt Zulhazmi

2. Ucapan Guru Bertugas  Minggu Lepas (En Ahmad Musrizuan bin Daud)
  • Terdapat murid-murid yang masih lagi makan di Dewan Perdana semasa rehat. Sepatutnya murid-murid perlu makan di kantin agar tiada sampah bersepah di dewan.
  • Etika penggunaan tandas kurang dipraktikkan terutama dalam kalangan murid lelaki kerana terdapat rungutan dari pihak pekerja mengenai tandas yang berbau.
  • Sampah masih lagi kelihatan di lantai. Sepatutnya sampah perlu dimasukkan ke dalam tong sampah yang banyak disediakan di kawasan sekolah.
  • Fesyen rambut acapkali telah diberi amaran oleh guru disiplin tetapi masih terdapat murid-murid yang memotong rambut tidak mengikut justifikasi murid sekolah.

3. Ucapan Guru Bertugas  Minggu  (Puan Jamilah bt Mohd Yusof)
  • Tema : Kedaulatan Undang-Undang.
  •      Merupakan rukun negara yang ke-4
  •      Bertujuan membentuk warga negara yang patuh kepada peraturan dan undang-undang yang termaterai dalam sesebuah negara yang berdaulat. 
  •     Undang-Undang penting untuk menjaga kestabilan dan keamanan sesebuah negara.
  •     Undang-Undang perlu dipatuhi oleh semua pihak agar segala aktiviti dapat dijalankan           dengan lancar dan sempurna.
  •     Murid-murid juga perlu mematuhi undang-undang sekolah agar semua program yang           dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kerjasama antara semua pihak amat         penting dalam menjaga kedaulatan undang-undang negara. 
  •     Murid-murid sekolah amnya telah dididik oleh ibu bapa dan guru-guru agar sentiasa             patuh pada kedaulatan undang-undang.      
         
4. Ucapan Guru Disiplin (En Shahrizal bin Ya'am)
  •      Mohon kerjasama murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR agar dapat berpakaian uniform yang lengkap, bersih kemas dan berlencana.
  •      Calon UPSR perlu menjaga nama baik sekolah dengan menjaga tingkah laku dan tertib dengan pengawas yang menjaga peperiksaan pada minggu ini.
  •      Jangan membawa benda-benda terlarang masuk ke dalam bilik peperiksaan contohnya telefon bimbit.
  •     Untuk murid-murid yang menumpang di bilik khas diharapkan tidak merosakkan benda-benda yang terdapat di dalam bilik tersebut.
5. Penyampaian Hadiah pada pemenang Buku Skrap Kerjaya (Cik Nur Shuhada) 
   Tahun 4 
  • Pertama: Amni Syahihah bt Saiful Bahari & Nur Alia Maisara bt Mat Mukti ( 4 Zuhrah)
  • Kedua : Ainul Munirah bt Mohd Asri & Farah Farisha bt Shahariman (4 Zuhrah)
  • Ketiga : Siti Zulaikha bt Nasaruddin & Nur Aina Natasya bt Hasni ( 4 Pluto)
  • Saguhati : Maanic Hamarays a/l Marimuthu & R Srivatsan a/l Romanican ( 4 Pluto)
  • Saguhati: Arun Kumar a/l Anand & Ammar Ezzudin bin Mohd Redzuan ( 4 Marikh)
    Tahun 5
  • Pertama: Fatimah Az zahra bt Mohd Nor (5 sigma), Nur Farahin bt Azni ( 5 lambda)
  • Kedua : Intan Syafika bt Baktiar (5 Gamma), Nur Farah Zila bt Fandi ( 5 lambda)
  • Ketiga : Ifwad bin Mohd Rafaie ( 5 Omega), Kamarul Aiman bin Azhari ( 5 Sigma)
  • Saguhati : Nur Asha Nabila bt Shahrul Nizam & Adiba Amnani bt Shaharuddin  ( 5 Zeta)
  • Saguhati: Sheikh Mohd Fareez ( 5 Zeta) Akmal Harris (5 Alfa )
6. Ucapan Guru Besar ( Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali)
  •      Mohon kerjasama murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR agar        tidur awal dapatkan rehat yang cukup dan dapat fokus yang baik semasa peperiksaan.
  •      Calon UPSR perlu bersarapan sebelum menjawab peperiksaan agar tiada gangguan            semasa menjawab peperiksaan.
  •      Beliau turut mendoakan murid-murid mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.
  •      Untuk murid-murid yang direhatkan tahun 4 dan 5 sila rujuk pada jadual yang diberi              untuk hadir ke sekolah.
Ucapan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh En Ahmad Musrizuan bin Daud
En Shahrizal menyampaikan ucapan berkaitan disiplin kepada murid-murid.
Ucapan Pn Jamilah bt Mohd Yusof selaku guru bertugas minggu ini menyampaikan ucapan
Sebahagian guru bertugas pada minggu ini  7 hingga 11 September 2015
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang Buku Skrap Kerjaya.
Murid-murid di dataran perhimpunan tekun mendengar ucapan dari Puan Rohaidah bt Mohd Ali  (Guru Besar)

No comments:

Post a Comment