Monday, September 7, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-32 (Sesi Petang)



Hari     : Isnin
Tarikh : 7 September 2015
Masa   : 1.20 Petang - 1.50 Petang

Guru Bertugas :
  1. Pn Nurrulhuda Yaacob
  2. Pn. Zauiyah bt Ismail
  3. Pn.Fadhilah Talib
  4. Pn. Norazah Mohd Ali
  5. Pn. Nor Maziah Abd Malek
  6. En. Ahmad Junaidi
  7. En. Noorhisham
Laporan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn Salmi Binti Amir. 
  • Bacaan Doa oleh pengawas yang bertugas.  
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin olehPn. Zauiyah ISmail
  • Bacaan Ikrar murid diketuai oleh Ketua Pengawas sesi petang iaitu adik Nuraneesa Binti Mohd Abdul Aziz.
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas.

Laporan disampaikan oleh Pn.  Salmi Amir. Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kelas dan juga bilik-bilik khas setiap kali menggunakannya.  Kelas yang bersih dan kondusif akan mewujudkan suasana belajar yang lebih selesa.
  
3. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Zauiyah Ismail)
·           
      Beliau memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan memaklumkan murid untuk berjumpa dengan guru bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.
·           
      Tema pada minggu ini adalah "Semangat Patriotik". Semangat Patriotik adalah semangat cintakan negara.  Di sekolah murid-murid boleh menunjukkan rasa hormat dan cintakan negara dengan menghormati bendera dan lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku. Sebagai contoh murid-murid hendaklah berdiri tegak ketika lagu kebangsaan diperdengarkan, menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat dan bangga mengibarkan Jalur Gemilang.  
·         
      4. Ucapan Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat.
       
      Pn. Rosmah mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga tingkah laku dan disiplin terutama ketika berada di sekolah.
      
      Beliau juga mengingatkan murid-murid tahap 1 bahawa pada minggu ini peperiksaan penting sekolah rendah iaitu UPSR bakal berlangsung bermula 8 September sehingga 10 September 2015.  Sehubungan itu murid-murid tahun 1 dan 2 direhatkan sepanjang tempoh ini.  Manakala murid tahun 3 akan bersekolah pada sesi pagi pada 8 September 2015 yang bermula 7.20 pagi sehingga 12.50 tengah hari.  Sesi persekolahan akan kembali normal pada hari Jumaat 11 September 2015.
 
 5. Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah (PPDa) 2015
·         
 Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat.  Berikut adalah senarai nama pemenang:

TAHUN  1 

Pertama  : Nurul Ainna Natasya bt Razak      (1 Titanium)
Kedua      : Afifah Natasya bt Amir                    (1 Kuprum)
Ketiga      : Nurmila Herliana bt Abd Hasyim   (1 Vanadium)
Keempat: Alysha Qistina                                      (1 Vanadium)
Kelima     : Hasrul Hadi                                            (1 Ferum)

TAHUN  2

Pertama  : Adeena                                                (2 Rebana)
Kedua      : Hadif Rusyaidi                                      (2 Tabla)
Ketiga      : M. Daniel Adam                                 (2 Nafiri)
Keempat: Danish                                                    (2 Canang)
Kelima     : Nur Hafizah Izzati                                (2 Nafiri)


TAHUN  3

Pertama  : Liyana Nabilah bt Md. Lajis             (3 Surgeri)
Kedua      : Hanna Sofea bt Rashid                    (3 Surgeri)
Ketiga      : Nur Fatihah bt Zulkafli                       (3 Ortopedik)
Keempat: Aina Batrisyia bt Zamharizat           (3 Obstetrik)
Kelima     : Nur Adeena Sofea bt Izanor Rizal  (3 Surgeri)


6. LAWAD minggu ini
Bahasa Melayu  : Lorek      = conteng
Bahasa Inggeris : House    = rumah
Bahasa Arab      : Lazarun = lobak

Antara gambar yang sempat dirakam


Pn. Zauiyah mengacarakan majlis

Nyanyian lagu yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir
Ucapan ringkas Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat

Antara Penerima Hadiah bagi Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah (PPDa) 2015




No comments:

Post a Comment