... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, September 14, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-33 (Sesi Pagi)

Hari   : Isnin
Tarikh : 14 September 2015
Masa : 7.30 - 8.30 pagi

Guru Bertugas:
    1.  En. Mahadir bin Midun
    2.  Pn. Juli binti Mahbah
    3.  Pn. Nurliza binti Ab Rahman
    4.  Pn. Roseniza binti Setapa
    5.  Pn. Astina binti Mahad Nor
    6.  Pn. Asma binti Abdul Malik
    7.  Pn. Safinatunajakh binti Mat Som

Laporan

1. Nyanyian,Bacaan Doa dan Ikra

  • Nyanyian 3 buah Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik Norainna 
  • Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Roseniza bt. Setapa.
  • Bacaan Ikrar murid diketuai oleh Ketua Pengawas Iffah Firzana binti Zulhazmi

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Laporan disampaikan oleh Puan Jamilah binti Yusof. Beliau memberitahu bahawa markah keceriaan tidak diambil kerana UPSR. Beliau juga mengulangi peringatan kepada murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kelas semasa peralihan kelas dan bilik-bilik khas semasa UPSR berlangsung minggu lepas.

3. Ucapan Guru Bertugas (Pn.Roseniza binti Setapa)
  • Beliau memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan memaklumkan kepada murid-murid supaya berjumpa dengan guru bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.
  • Tema pada minggu ini adalah "Sejarah Pembentukan Malaysia". Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mencadangkan idea untuk pembentukan Malaysia. Jabatan Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan untuk memberi keterangan kepada pemimpin Sarawak Dan Sabah. Pada bulan Februari 1962, penduduk Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Pada bulan September 1962, satu referendum diadakan di Singapura. Penduduk Singapura bersetuju menyertai Malaysia. Maka pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di London. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Pembentukan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun pada 9 Ogos1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia. Tujuan Pembentukan Malaysia supaya mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei serta memajukan ekonomi dan memastikan keselamatan negara terjamin.
4. Penyampaian Hadiah Kejohanan 2nd Leg Of Koryo National Tekwando Curcuit yang telah diadakan pada 31 Ogos 2015 di Mentakab, Pahang.

Pingat Emas
  • Danish Aqil (5 Theta)
  • Verrance Vance (5 Theta)
  • Nurfarzanah (5 Gamma)
Pingat Perak 
  • Varshanrau (5 Delta)
  • Izzat Anuar (4 Zuhrah)
Pingat Gangsa
  • Amirul Nazruddin (5 Beta)
5.Ucapan Guru Besar, Puan Rohaidah bt. Mohd. Ali
  • Beliau mengucapkan kesyukuran kerana murid-murid dapat hadir ke sekolah walaupun cuaca kurang memuaskan.
  • Beliau juga menyampaikan rasa dukacita kerana Program Kem Cemerlang Jawi pada 12 September 2015 yang lalu kurang kehadiran murid. Hanya 42 orang murid yang hadir, kebanyakannya murid Tahap 1. Diharap kehadiran murid dalam program-program yang akan datang akan lebih baik.
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada murid tahun 6 kerana berkelakuan baik dan sentiasa menjaga displin. Beliau mendoakan agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Teruskan berdoa, bersolat hajat dan melaksanakan amal ibadat yang telah dipraktikkan sebelum UPSR yang lepas.
  • Beliau mengharapkan murid-murid tahun 4 dan 5 mengulangkaji pelajaran daripada sekarang sebagai persiapan menduduki UPSR tahun akan datang.
  • Beliau membaca, menghebah dan membuat latih tubi bersama semua murid dan guru visi dan misi PPDa. Beberapa orang murid diminta menyambung visi dan misi PPDa secara bergilir-gilir di atas pentas.
  • Memaklumkan bahawa pada hari Khamis (16 September 2015) ini akan diadakan Majlis Perasmian Bilik Sumber PPDa yang akan disempurnakan oleh Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad; Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Guru Besar berharap agar semua murid menjaga disiplin semasa majlis tersebut berlangsung nanti.
Aina Ilyani bt Bijasari sebagai pengacara majlis

Fathul Akhbar b Abu Bakar (6 Wira) mengetuai bacaan doa

Iffah Firzanah bt Zulhazmi (Ketua Pengawas) mengetuai bacaan Ikrar Murid

Pn Jamilah Yusof memberi ucapan laporan bertugas minggu lepas
Barisan guru bertugas minggu ini
Pemenang Kejohanan 2nd Leg Of Koryo National Tekwondo Curcuit Benci Dadah
Guru Besar menyebarkan visi dan misi PPDa kepada warga SKTPP
Beberapa orang murid membaca visi dan misi PPDa

Disediakan oleh:
Astina binti Mahad Nor

No comments:

Post a Comment