Monday, September 14, 2015

Karnival Futsal PPDa

Hari ini 14 September 2015 (Isnin) telah berlangsung program "Karnival Futsal PPDa" di Gelanggang Futsal Taman Putra Perdana. Karnival ini mensasarkan perlawanan persahabatan antara sekolah tuan rumah (SKTPP) dan sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu SK Taman Putra Perdana 2, SK Pulau Meranti, SK Cyberjaya dan SK Kota Warisan. Program ini diadakan bagi menjalin persahabatan PPDa sekolah bersama komuniti setempat dalam siri melebarkan slogan "Hidup Sihat Dan Cergas Tanpa Dadah"

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan murid yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat kepimpinan berpasukan di samping menyedarkan murid-murid peri pentingnya menjauhi Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS (DARIH).

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd. Ali; Guru Besar, SKTPP. Karnival ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn. Azizah binti Mokhlas selaku Penolong Kanan Kokurikulum, SKTPP. 

Keputusan perlawanan;

Johan        : SK Pulau Meranti
Naib Johan : SK Taman Putra Perdana
Ketiga       : SK Kota Warisan
Saguhati    : SK Taman Putra Perdana 2
                   SK Cyberjaya

Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih buat sekolah-sekolah jemputan. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berjalan.

 Banner program

 Buku Program Karnival Futsal PPDa

 Pendaftaran peserta SK Kota Warisan

 Pendaftaran tuan rumah (SKTPP)

 SK Taman Putra Perdana 2

 Pendaftaran SK Cyberjaya

 Para peserta mendengar ucapan perasmian program

  Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP menyempurnakan perasmian Karnival Futsal PPDa

Sijil Penghargaan untuk wakil En. Idham (owner gelanggang futsal)

 Pasukan Futsal SKTPP

 Tg. Noor Syawaludin (NYDP, PIBG) turut hadir
 Pasukan Futsal SK Cyberjaya bersama pasukan SKTPP

 Pasukan Futsal SKTPP 2

 Pasukan Futsal SK Kota Warisan

 Pasukan Futsal SK Pulau Meranti

 Perlawanan bermula...Pasukan SKTPP bertemu SK Cyberjaya

 Persaingan yang sengit

 Pasukan SKTPP terus bertenaga mencari juara

Medal untuk para pemenang

 Keputusan pertandingan

 SK Kota Warisan menduduki tempat ketiga

 SKTPP akhirnya akur dengan keputusan....Naib Johan

 Johan Karnival Futsal PPDa disandang oleh pasukan dari SK Pulau Meranti

Mesej "Kami Benci DARIH" oleh semua peserta, guru pengiring & urusetia Karnival Futsal PPDa

No comments:

Post a Comment