Thursday, September 8, 2016

Kejohanan Bola Sepak U11 KPM - YBR

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 tahun KPM - Yayasan Bank Rakyat Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di SMK Taman Tun Perak, Rawang hari ini. Tahniah kepada pasukan SKTPP yang mewakili daerah Sepang kerana telah memberikan persembahan yang cemerlang hingga berjaya sampai ke peringkat suku akhir.
   Meskipun sedih setelah kalah 0 - 1 dengan SK Kebun Baharu, Kuala Langat namun pengalaman ini sangat berharga kepada para pemain. Ianya merupakan pendedahan yang berguna dalam memperbaiki skil dan prestasi pasukan. Teruskan latihan dan cuba lagi pada masa depan dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang.
   Terima kasih buat jurulatih Cikgu Musrizuan, PK Kokurikulum; En. Shahrizal dan Ustaz Mahadir yang membawa dan mengurus team sekolah. Tahniah buat semua!
Keputusan peringkat kumpulan D :
Menang dengan SK Pelabuhan Utara 4 - 0
Menang dengan SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi 2 - 0
Kalah dengan SK Puchong Utama 1 - 2
Keputusan : Naib Juara Kumpulan D
Suku Akhir kalah dengan SK Kebun Baharu 0 - 1
SK Kebun Baharu telah menjuarai kejohanan tadi. Tahniah!!






Pertandingan peringkat suku akhir :












Kesedihan atas kekalahan dengan SK Kebun Baharu :




Kalah menang adat pertandingan. Hakikatnya kita tewas kepada Juara Kejohanan - pencapaian yang hebat!
Tahniah!!

No comments:

Post a Comment