... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, September 2, 2016

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 September 2016, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.  Alhamdulilah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, program ini telah berjaya diadakan bersama calon-calon UPSR, ibu bapa dan guru-guru SKTPP. Kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan amat memberangsangkan.  

Majlis yang penuh barakah ini bermula dengan pendaftaran ibu bapa dan murid-murid seawal jam 7.00 petang. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Mahadir bin Midun. Usai bacaan Yaasin, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah pula dilaksanakan. Seterusnya, program ini disempurnakan lagi dengan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Muhamad Fahdli bin Harun (Fahd), Pengarah FMAC Group Consultant, Bimbingan Al-Muhsinin. InsyaAllah, sesi ceramah ini berjaya membangkitkan semangat semua yang hadir.

Buku program.
 Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunaikan hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan.
Ameen ya robbal alamin.

Sesi pendaftaran bermula jam 7.00 petang.
Majlis Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Mahadir bin Midun.
Ucapan daripada Puan Hjh. Rohaidah bt. Mohd Ali pada malam yang mulia ini.
Ibu bapa dan calon-calon UPSR 2016 khusyuk menghayati ceramah yang disampaikan.


Penyampaian cenderahati kepada penceramah.
Syukran jazilan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga setiap usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah. Semoga anak-anak murid Tahun 6 SKTPP akan beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
6A harapan kita!
Aameen Ya Robbal Alamin...

Disediakan oleh,
Ustazah Faridatul-Akmal Ismail.

No comments:

Post a Comment