... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 22, 2016

Laporan Aktiviti Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016

                  Pada 22hb Oktober 2016 telah diadakan pelbagai aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam dan koir bagi sesi pagi dan petang bertempat di Dewan Perdana. Aktiviti sesi pagi bemula jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Pertandingan koir ini disertai oleh murid-murid tahun 5, manakala pakaian beragam pula disertai oleh murid-murid tahun 4.

        Bagi sesi petang, pertandingan pakaian beragam disertai oleh murid tahun 1, pertandingan mewarna oleh murid tahun 2 dijalankan dalam kelas masing-masing manakala pertandingan koir pula disertai oleh murid tahun 3.

       Aktiviti ini dijalankan bagi mengingatkan murid tentang peristiwa kemerdekaan dan penubuhan Malaysia yang merupakan dua peristiwa penting bagi rakyat Malaysia. Bagi menghayati semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan  Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016 peringkat sekolah.  Program ini diharap dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.  Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita. Objektif program adalah seperti berikut:
   i)      Menyemai semangat cinta akan negara
   ii)    Menyemai semangat 1Malaysia.
  iii)   Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam            rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
     iv)   Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
    v)     Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Antara paparan sepanjang aktiviti:

Sesi Pagi
Para hakim yang mengadili pertandingan aktiviti bulan kemerdekaan.

Murid-murid menanti persembahan dengan penuh sabar.

Murid-murid tahun 4 memperagakan pakaian yang bertemakan kemerdekaan.



Persembahan koir tahun 5
Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah



Para pemenang sedang menerima hadiah daripada Puan Guru Besar.

Sesi Petang




No comments:

Post a Comment