Wednesday, September 28, 2016

Kumpulan Nasyid SKTPP, Johan Hari Puteri Islam 2016, Daerah Sepang.

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Sepang telah menganjurkan Hari Putri pada :

Tarikh / Hari   : 28 September 2016 / Rabu.
Masa               : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat           : SK Bandar Baru Salak Tinggi,                              Sepang

Pelbagai acara telah diadakan untuk PPIM sekolah rendah dan menengah. Lapan acara untuk sekolah menengah dan 10 acara yang dipertandingkan untuk sekolah rendah. SKTPP telah menghantar peserta untuk acara masakan, kraftangan kreatif dan nasyid.

Alhamdulillah, kumpulan nasyid SKTPP atau dikenali sebagai Kumpulan Wardatul Ahmar telah menjadi Johan dalam pertandingan nasyid sekolah rendah. Tahniah kepada semua jurulatih dan guru- guru yang membantu serta peserta nasyid yang komited.

Jurulatih kumpulan nasyid Wardatul Ahmar (Ros Merah) yang terdiri daripada Cikgu Astina, Ustazah Norziani, Ustazah Umi Nazrah dan Ustazah Safinatunajakh telah bertungkus lumus memastikan murid dapat memahami lirik dan melodi serta permainan alat muzik dengan irama yang betul dalam masa 6 hari sahaja. Syukur, kerjasama guru- guru dan komitmen peserta yang berbakat memudahkan mereka dilatih dalam masa yang singkat serta dapat membuat persembahan yang terbaik. Peserta yang terdiri dari kalangan murid tahun 4 dan 5 seramai 10 orang ini akan diperkemas lagi keharmonian suara dan persembahan untuk bertanding lagi ke peringkat negeri Selangor di Sabak Bernam pada 22 Oktober 2016. Selamat maju jaya untuk Wardatul Ahmar.

Tak cukup masa...Kami berlatih pada hari Sabtu dan Ahad.
Cikgu Astina sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pemain gendang dan alat muzik.
Sesi latihan...peserta mudah menerima tunjuk ajar guru- guru.
Alhamdulillah...sumbangan kewangan yang diperolehi, kami dapat selendang baru..
Ketika persembahan..peserta dapat mempamerkan persembahan dengan penuh keyakinan.




Tahniah Wardatul Ahmar. 
Berusaha mencari pengetahuan,
Berbakti membuat kebajikan,
Belajar mencapai kemajuan,
Bersemangat penuh keimanan.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

No comments:

Post a Comment