... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, September 3, 2016

Pertandingan Kompang Formasi

Pertandingan Kompang Formasi atau dikenali dengan Kompang Berirama telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Sepang sempena Karnival Komuniti Sepang. SKTPP telah menyahut cabaran ini dengan menghantar pasukan Kompang SKTPP yang dianggotai seramai 16 orang murid lelaki dari kalangan murid tahun 4 dan 5. Guru-guru pembimbing / jurulatih kompang SKTPP terdiri daripada empat orang guru iaitu:
- Pn. Astina Mahad Nor
- Pn. Umi Nazrah Saharoni
- Pn. Norziani Zubir
- Pn. Safinatunajakh Mat Som

Guru pembimbing ini telah mengadakan sesi uji bakat bagi memilih peserta yang layak. Sungguh mengujakan, seramai hampir 50 orang murid lelaki tahun 4 dan 5 yang telah hadir untuk sesi uji bakat kompang pada hari Sabtu 20 Ogos 2016 di Bilik Muzik SKTPP. Saringan demi saringan diadakan sehingga melayakkan 16 peserta yang benar-benar berbakat dalam paluan kompang.

Alhamdulillah, atas dasar kerjasama yang jitu oleh guru- guru pembimbing, berkongsi idea dan pengalaman serta pemilihan peserta yang berbakat, SKTPP telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kompang Formasi Daerah Sepang sempena Karnival Komuniti Sepang yang telah diadakan pada:

       Hari / Tarikh: Sabtu / 3 Sept 2016
       Tempat: Mini Stadium Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Tahniah.... Kumpulan Kompang SKTPP telah menerima wang tunai RM800 sebagai hadiah johan acara ini.
Tahniah..Detik mendebarkan..kemenangan disambut gembira.

Kumpulan Kompang Formasi...Pastinya Kami Bebas DARVIH

Ketika Sesi Latihan di SKTPP.


Tahniah untuk semua. Pengalaman yang manis ini pasti akan menjadi kenangan yang memberi makna dalam kehidupan.
Semoga anak- anak SKTPP terdidik menjadi insan yang bersyukur, tabah hati , sabar serta berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir.

No comments:

Post a Comment