Tuesday, September 20, 2016

Program Melangkah ke Alam Menengah 2016

Tarikh    :  20 September 2016
Masa      :  8.00 ~ 10.30 pagi
Tempat  :  Dewan Perdana, SKTPP

Program Melangkah ke Alam Menengah merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Gemilang UPSR dan PIBG.

Objektif Program :
  • Memberi pendedahan kepada murid sebagai persediaan melangkah ke alam sekolah menengah
  • Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan menanam usaha dari awal persekolahan untuk memastikan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran dan masa depan
  • Memberi pengisian dan pengetahuan dari segi mental dan fizikal kepada murid tahun 6 selepas menghadapi peperiksaan UPSR
Program ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Puan Salmiah binti Monshie.  Beliau merupakan Kaunselor Organisasi Daerah di PPD Sepang dan berpengalaman selama 24 tahun sebagai Kaunselor pelajar sekolah menengah.




Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq




Penyampaian cenderahati kepada Puan Salmah

No comments:

Post a Comment