Friday, October 7, 2016

Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Sukan Negara 2016 SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada 7 Oktober 2016 (Jumaat) pada jam 10.30 pagi hingga 11.50 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan. Program ini adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.

Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan warga sekolah yang cergas dan aktif.
2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan warga sekolah.
3. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan warga sekolah.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Cik Nur Fatin Amira binti Hamdan dan Encik Mohd Izzuddin bin Nazlan dari Institut Sukan Negara (ISN) selaku instruktor jemputan untuk acara senamrobik. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), barisan penolong kanan, guru-guru, murid-murid dan semua warga sekolah yang bekerjasama bagi menjayakan program ini. 

Berikut paparan gambar sepanjang program berlangsung:

Pentas senamrobik yang dihias
Pengacara program, Puan Nurliza Ab Rahman
Instruktor senamrobik 
Semua warga sekolah sangat teruja untuk bersenamrobik



Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)
 turut memeriahkan aktiviti senamrobik
Gelagat murid-murid Pra Sekolah
Aksi senamrobik murid-murid PPKI
Pelbagai aksi dan gaya menarik senamrobik yang dirakamkan






Sihat Tanpa Darvih !

Penyampaian cenderahati kepada Cik Nur Fatin
Penyampaian cenderahati kepada Encik Izzuddin
Bergambar kenangan para instruktor dan pentadbir sekolah

No comments:

Post a Comment