Monday, October 24, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Petang)

Guru Bertugas

1. Pn. Yani bt Mohammad Sharif
2. Pn. Rozimah bt Yaakob
3. Pn. Ummu A'thiah bt Haji Hashim
4. Pn. Norazmira bt Kadirun
5. En. Afandi bin Mat Zain
6. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

- Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
- Bacaan doa oleh adik Syahmi Wafiq.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Abdul Hafiz.
- Bacaan Ikrar murid dipimpin oleh adik Alif Qawiem.

Ucapan Guru Bertugas

1. Encik Abdul Hafiz memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
2. Tema Minggu Ini: Sepakat Membawa Berkat
  • "Sepakat Membawa Berkat" bermaksud sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara bekerjasama akan membawa hasil yang baik. 
  • Merujuk kamus dewan, 'sepakat' bermaksud saling bekerjasama manakala 'membawa berkat' pula bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah.
  • Amalan bantu membantu dan bekerjasama akan membawa banyak kebaikan. Sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa hasil yang lebih baik.
  • Amalan ini perlu diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Kita perlu bekerjasama dan saling bantu membantu tanpa mengira agama dan bangsa.
 3. Perkataan Lawad:
  •  Bahasa Melayu  : Merobohkan
  •  Bahasa Inggeris : Pretty
  •  Bahasa Arab      : Kursiyun
  4. Pemberitahuan tentang jadual pemulangan buku teks bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 pada minggu ini.

Penyampaian Sijil Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Selangor dan Penyampaian Sijil Penyertaan Kriket KATMO 2016

1. Seramai 6 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan 3 menerima sijil tersebut.

2. Sijil penyertaaan dan sijil pencapaian telah disampaikan oleh PK Petang iaitu Puan Jumilah binti Ahmad.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis perhimpunan:

Encik Abdul Hafiz Menyampaikan Ucapan Sebagai Guru Bertugas Minggu Ini



Suasana Semasa Perhimpunan Berlangsung

Penerima-penerima Sijil Penyertaan Kriket KATMO 2016

Laporan disediakan oleh:
Puan Norazmira bt Kadirun

No comments:

Post a Comment