... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 5, 2016

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2016 (Sesi Petang)

Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali pertama telah disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia. 


Pengacara Majlis
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana telah disambut dengan meriahnya hari ini.  Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil murid dan Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Petang; Pn. Jumilah Ahmad. Majlis diteruskan dengan penganugerahan Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang.

Bacaan Doa
Ucapan Ketua Pengawas Sesi Petang
Ucapan perasmian daripada PK Petang

Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang


Adik NADIAH WARDINA BT MOHD IDIL DARIPADA KELAS 3 TABLA telah dipilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak sesi petang. Beliau ialah seorang pengawas sekolah bermula dari Tahun 3 dan pernah memegang jawatan Penolong Ketua Kelas semasa Tahun 2. Beliau telah bersekolah di Sekolah Agama Al Fakhri, memegang jawatan sebagai pengawas dan beliau sangat aktif dalam pasukan nasyid di Sekolah Agama Al-Fakhri.

Di samping menunjukkan kecemerlangan di sekolah agama, beliau juga turut aktif dengan menyertai aktiviti di sekolah dan di luar seperti memasuki pertandingan bersajak dan pertandingan mewarna kanak-kanak anjuran RTM.
Dari segi pencapaian akademik, beliau sentiasa mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Akhir Tahun di Tahun 1 dan 2. Beliau juga telah mendapat keputusan yang cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini.

Keperibadian beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan.  Beliau disenangi kerana sering menjaga interaksi yang baik sesama rakan serta sangat menghormati para guru dan staf sekolah. Malahan, beliau sentiasa menonjolkan ketrampilan diri dan berbudi bahasa.

Pn. Norlida penyampai Anugerah Tokoh Kanak-Kanak


Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang



Makanan untuk murid-murid

Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah sukaneka untuk murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah sukaneka.











Penyampaian Hadiah oleh PK Petang; Puan Jumilah Ahmad






No comments:

Post a Comment