... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 5, 2016

Pertandingan Best Practices Sekolah-Sekolah Daerah Sepang

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah menganjurkan Pertandingan Best Practices Sekolah-Sekolah Daerah Sepang di bawah Transformasi Pendidikan Daerah (DTP) Tahun 2016 di PPD Sepang pada 5 dan 6 Oktober 2016. Objektif pertandingan ini ialah:
1) Mencetuskan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan
2) Mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti untuk dikongsi secara menyeluruh
3) Membentuk cara berfikir dalam menerima sesuatu perubahan
4) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pihak sekolah / guru yang menunjukkan inovasi dan kreativiti yang cemerlang
   Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan tugas bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan pendidikan di sekolah seluruh daerah Sepang.
   SKTPP tidak ketinggalan menyahut cabaran tersebut. Selaku sekolah yang sinonim dengan PPDa, tajuk Best Practices yang diketengahkan ialah "Gempur DARVIH". Guru Besar; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali telah membentangkan amalan terbaik tersebut dengan dibantu oleh Pn. Nor Arzah bt. Hussin selaku Penyelaras PPDa sekolah. Masa yang ditetapkan untuk pembentangan hanya 15 minit. Namun diharapkan persembahan serta jawapan kepada soalan-soalan hakim dapat menambat hati para penilai. Semoga perkongsian tersebut dapat memberi impak yang positif kepada seluruh masyarakat dalam membanteras DARVIH.
KAMI BENCI DARVIH👎👎👎









No comments:

Post a Comment