Wednesday, October 5, 2016

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2016 (Sesi Pagi)

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children's Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. Begitu juga dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak di Peringkat Sekolah yang disambut pada setiap tahun.


Pentas


Pengacara Majlis 


Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana telah disambut dengan meriahnya hari ini.  Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil murid dan Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Pn. Rosmah bt. Jamat. Majlis diteruskan dengan Sukaneka dan penganugerahan Tokoh Kanak-Kanak Sesi Pagi.


Ucapan Perasmian oleh Pen Kanan HEM


Murid berkumpul di Dewan


Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah sukaneka untuk murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. 
Sukaneka telah berlangsung dengan meriah sekali bersama sokongan padu dari seluruh warga SKTPP.








Persediaan makanan untuk murid

Tokoh Kanak-Kanak Sesi Pagi

Tokoh Kanak-kanak 2016 disandang oleh adik NISA ADRIANA BINTI MUHAMMED IRWAN. 
 Dalam bidang akademik, beliau sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang. Saban tahun beliau sentiasa menerima anugerah kecemerlangan akademik baik anugerah mata pelajaran terbaik mahupun kedudukan terbaik dalam kelas. Bukan itu sahaja beliau turut menerima anugerah "Murid Contoh"  pada sambutan Hari Kanak-kanak 2013. Dalam peperiksaan Percubaan UPSR yang lalu bintang beliau semakin  terserlah apabila berjaya mendapat keputusan 6A. Selain di SK Taman Putra Perdana, puteri ini turut juga  menunjukkan kecemerlangan di sekolah agama Al-Zuhdi, di mana selain menerima anugerah kedudukan terbaik dalam kelas, kemuncak kejayaannya ialah apabila beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun 2015. Hal ini memperlihatkan beliau sebagai seorang murid yang sentiasa ke hadapan dan bermotivasi tinggi untuk terus maju dalam pelajaran.
   
Selain itu, dalam bidang kokurikulum pula, beliau tidak ketinggalan mempamerkan penglibatan yang tidak kurang hebatnya. Pernah mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan, antaranya Pertandingan Mahrajan j-QAF (Kalam Jama’ie) dan Pertandingan Teater Bahasa Melayu Peringkat Daerah Sepang. Bergiat aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Tunas dengan penglibatan yang cemerlang seperti penyertaan dalam Pertandingan Folio Praperlantikan, Karnival Asah Bakat Pandu Puteri 2014, Perkhemahan Calit Emas  Persatuan Pandu Puteri dan beberapa penglibatan lain seperti memenangi Folio Terbaik Perkhemahan Calit Emas 2015,  saguhati Buku Log Terbaik 2016 dan tempat ketiga dalam Pertandingan Hafazan sempena Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2016 anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor.

Keperibadian beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan.  Hal ini disokong dengan pencapaian sebagai "Pelajar Berakhlak" yang diterima ketika menyertai Kem Anak Soleh di Pusat Bimbingan Al-Zuhdi pada tahun 2015. 

Tutur kata yang lembut dan bersopan sentiasa menjadikan beliau seorang yang disenangi rakan dan guru. Atas kelebihan-kelebihan yang telah diperincikan itulah telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2016.


Pn. Norli menyampaikan biodata Tokoh Kanak-Kanak 2016 Sesi Pagi


Tokoh murid 2016 sesi pagi
NISA ADRIANA BINTI MUHAMMED IRWAN. 





Penyampaian hadiah Sukaneka oleh Pen. Kanan HEM




No comments:

Post a Comment