Tuesday, February 21, 2017

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Majlis penyerahan watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2017 telah diadakan pada 21 Februari 2017 (Selasa) bertempat di Dataran SKTPP. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. PRS juga membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, serta menjadi ikon kepada murid-murid lain. Justeru, Pembimbing Rakan Sebaya ini akan cuba membantu rakan sebaya secara positif dan penuh ketrampilan.

Berikut paparan gambar aktiviti yang telah dijalankan...

 
Cikgu Roslinda Binti Mansor selaku pengacara majlis

Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP memberikan ucapan dan menyampaikan watikah pelantikan tersebut


Bacaan ikrar diketuai oleh adik Ainul Munirah binti Mohd Arsi

Murid-murid PRS bersama Guru Besar dan guru pembimbing.

Disediakan oleh,
Norbaizura binti Nordin

No comments:

Post a Comment