Tarikh : 20 Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 1.20 Petang - 1.50 Petang
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Puan Rozimah binti Yaakob
Guru Bertugas :
1. En. Mohd Izwan bin
Mohd Jowahar
2. Pn. Ummu A'thiah binti
Haji Hashim
3. Pn. Rozimah binti
Yaakob
4. Pn. Norazmira binti
Kadirun
5. Pn. Nashirah binti
Taib
6. Pn. Rabihah binti
Amirudin
Laporan/Ulasan
1. Perhimpunan sesi
petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Binti Amir.
2. Perhimpunan diteruskan
dengan bacaan doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin
Mohd Kamarol Hisham.
3. Bacaan Ikrar
Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Pn. Rozimah binti Yaakob.
4. Bacaan Ikrar Murid
dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti
Zuraidi.
5. Laporan guru bertugas
minggu ke-7 disampaikan oleh En. Noorhisyam bin Mohd Nor.
- Terdapat beberapa kes kecederaan yang berlaku pada minggu lepas. Oleh itu, murid dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan diri.
- Murid diingatkan agar tidak berlari semasa berada di kawasan sekolah terutamanya pada waktu rehat.
- Murid juga diingatkan agar tidak bergurau berlebih-lebihan sesama rakan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
- Murid dinasihatkan agar berhati-hati menuruni tangga semasa waktu rehat dan waktu
balik.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
6. Ucapan guru bertugas
minggu ke-8 disampaikan oleh Puan Rozimah binti Yaakob.
i)
Memperkenalkan barisan guru bertugas.
Barisan Guru Bertugas Minggu Ini |
ii) Tema minggu ini : Adab Terhadap Kawan
- Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada kawan yang memerlukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
- Jangan memburukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan lain. Jika kita membuka aib kawan kelak Allah s.w.t akan membuka aib kita di akhirat.
- Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu membuta tuli akan menimbulkan hasad dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya dan berusahalah untuk mencapai kejayaan yang serupa.
- Jangan mengejek kawan dengan menggunakan panggilan yang tidak disukai. Hormat sesama kawan.
- Apabila ingin menggunakan barang kepunyaan kawan, mintalah izin kepada mereka dahulu.
- Kita hendaklah saling menasihati sesama kawan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi sebarang bentuk kejahatan.
iii) Perkataan LAWAD minggu ini:
- Bahasa Melayu - Menempuhi
- Bahasa Inggeris - Good Evening
- Bahasa Arab - Sodron
iv) Pengumuman Keputusan Kebersihan dan
Keceriaan Kelas Minggu Ke-7
Tahun 1
Pertama - Ibnu Bajjah
Kedua - Ibnu Battuta
Ketiga - Ibnu Khaldun
Pemenang Keceriaan Kelas Tahun 1 |
Tahun 2
Pertama - Jujur
Kedua - Arif
Ketiga - Dedikasi
Tahun 3
Pertama -Elektrum
Kedua - Vanadium
Ketiga - Titanium
v) Pengumuman
- Latihan sukan akan bermula pada esok hari setiap hari. Murid perlu memakai pakaian sukan dari rumah. Latihan bermula pada pukul 4.40 petang sehingga 6.40 petang.
7. Majlis Perasmian
Pelancaran Jaulah Imtiyaz bagi tahun 2017
Perhimpunan rasmi dan Majlis Pelancaran Jaulah Imtiyaz tamat pada pukul 2.40 petang.
Laporan disediakan oleh;
Pn Norazmira binti Kadirun
No comments:
Post a Comment