... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, February 23, 2017

Program Ceramah dan Pameran Antidadah


Tarikh :     23 Februari 2017, Khamis
Masa :       8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat :    SK Taman Putra Perdana
Sasaran :    Warga sekolah

       Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan satu program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. 

       Program ini melibatkan ceramah dan juga pameran. Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Sepang iaitu Encik Bobby Voo untuk semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

       Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 juga telah diberi peluang untuk melawat pameran yang dipamerkan di bilik RBT, SK Taman Putra Perdana. Melalui pameran ini, murid-murid dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

       Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah. Selain itu, ia juga untuk menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah.

       Berikut adalah gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung.


Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Saiffol
Pengacara Majlis sesi pagi

Pengacara Majlis sesi petang
Murid-murid khusyuk mendengar



Penceramah sesi petang, En. Bobby Voo


Sesi soal jawab bersama murid-murid


Antara bahan pameran yang dipamerkan




Cenderamata untuk penceramah jemputan

Sijil penghargaan untuk penceramah jemputan


Laporan disediakan oleh : Puan Rabihah binti Amirudin.


No comments:

Post a Comment