... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, February 21, 2017

Taklimat Pemberian Geran Sepadan RM50 Untuk Murid Tahun 1 2017

Taklimat Pemberian Geran Sepadan RM50 Untuk Murid Tahun 1 2017 telah diadakan pada hari Selasa bersamaan 21 Februari 2017 yang lalu. Taklimat ini bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana bermula pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang melibatkan semua ibu bapa murid Tahun 1 2017.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan pemberian geran sepadan RM50 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada murid Tahun 1 2017. Pemberian geran sepadan ini diadakan susulan daripada Pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri "geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i".

Atur cara program dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan seterusnya ketibaan Pegawai PTPTN, YDP PIBG SK Taman Putra Perdana dan pentadbir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Taman Putra Perdana diikuti dengan taklimat daripada Pegawai PTPTN.

Berikut paparan gambar sepanjang majlis berlangsung:

Ketibaan wakil dari PTPTN

Pendaftaran Ibu Bapa

Ucapan Guru Besar SKTPP

Taklimat daripada Pegawai PTPTN

Salah seorang penjaga Tahun 1 mengemukakan pertanyaan kepada wakil PTPTN

Ibu Bapa mendaftar untuk membuka akaun SSPN-i

Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Pegawai PTPTN

Disediakan oleh;
Pn Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment