... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, February 11, 2017

Kursus Pemimpin Muda 2017

Tarikh    :  11 Februari 2017 (Sabtu)
Masa       :  7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat  :  SK Taman Putra Perdana

Program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling,  serta Mind Training Motivation ini telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 277 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.  

Kursus ini bertujuan untuk membina nilai dan sikap jati diri yang berwibawa dan berkaliber sebagai seorang pemimpin.  Selain itu objektif kursus ini adalah :
~ Membolehkan murid mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.  
~ Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.  
~ Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah. 

Berikut ialah aktiviti bergambar yang telah dirakamkan sepanjang kursus berlangsung…

Sesi pendaftaran bagi peserta program.

Bacaan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Zurilazman.

Ucapan Perasmian dari Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.

Antara Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah dijalankan sepanjang program....

Slot Poligon.


Aktiviti Pembentangan Kumpulan.
Slot Tali Amanah.
Tahniah diucapkan kepada semua "Pemimpin Muda" yang terpilih. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.  Harapan agar program ini telah dapat menyuntik semangat yang tinggi dalam diri peserta program.

#KAMI BENCI DARVIH





Hasil kolaborasi AJK Fotografi & Posting Blog

~ Puan Siti Rabiaah bt Mohammad & Puan Maizara bt Mahat ~

No comments:

Post a Comment