Monday, September 11, 2017

Hari Pertama UPSR 2017

Hari ini hari pertama UPSR. Tahniah buat semua murid Tahun 6 yang hadir menduduki peperiksaan tersebut. Pagi ini didapati seorang murid patah tangan dan seorang lagi demam. Guru-guru telah berbincang dengan Pengawas UPSR untuk menempatkan mereka di bilik khas. Semoga mereka dan semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang.
   Terima kasih buat ibu bapa yang telah hadir memberi sokongan kepada anak-anak. Terima kasih juga kepada AJK PIBG yang telah mengambil inisiatif menyediakan sarapan pagi buat semua murid tersebut hasil sumbangan ibu bapa. Jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
   Selepas anak-anak murid masuk ke dewan peperiksaan, beberapa orang ibu bapa dan guru membaca yaasin di surau sekolah. Semoga Allah SWT memakbulkan doa dan permohonan kami agar dipermudahkan urusan anak-anak kami dalam ujian besar ini. Amiinn..

















No comments:

Post a Comment