Monday, September 25, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-35 (Sesi Pagi)

Tarikh : 25 September  2017
Hari : Isnin
Masa : 7:30 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas
Puan Noor Hanawati Alinda
Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
Puan Norinna binti Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Cik Komagal a/p Kunaisekaran
Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Puan Umi Nazrah binti Saharoni
Puan Norliza binti Ali@ Yasim
Puan Roslina binti Jafar

Guru-guru bertugas minggu ke-35

Agenda Perhimpunan

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku
2. Bacaan Doa
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan Umi Nazrah binti  Saharoni.
4. Bacaan ikrar murid oleh pengawas sekolah.

Laporan Guru Bertugas Minggu ke 34 – Cik Mawaddah bt Kamarulzaman

Beliau menegur mengenai kebersihan kantin pada waktu rehat. Murid-murid diingatkan supaya membuang sampah di dalam tong sampah kerana plastik makanan penuh di dewan perdana dan  di dalam longkang di sekitar sekolah. Murid-murid juga diingatkan supaya jangan berada di dalam kelas sewaktu rehat. 

Laporan Kebersihan Kelas

Kelas PPKI:-
Tempat pertama : Kelas Archery
Tempat kedua    : Kelas Aquatic
Tempat ketiga    : Kelas Petanque

Tahun 4 -       
Tempat pertama : Kelas Nafiri
Tempat kedua     : Kelas Rebana
Tempat ketiga     : Kelas Seruling

Tahun 5 -       
Tempat pertama : Kelas Surgeri
Tempat kedua     : Kelas Hematologi
Tempat ketiga     : Kelas Respiratori

Tahun 6 -        
Tempat pertama : Kelas Zuhrah
Tempat kedua     : Kelas Uranus
Tempat ketiga     : Kelas Zuhal

Ucapan Guru Bertugas – Puan Umi Nazrah binti Saharoni

Beliau mengingatkan semua murid  yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir Tahun lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk membuat persediaan. Semua murid diingatkan supaya sentiasa bersyukur dan selalu menjaga kesihatan diri dan juga emosi. Murid-murid juga diingatkan supaya mengamalkan tingkahlaku yang baik serta tahu mengawal diri sendiri.

Ucapan guru bertugas 

Taklimat Latihan Kecemasan dan Kebakaran - Encik. Hafiz

Beliau telah memaklumkan kepada murid bahawa Unit Keselamatan sekolah akan mengadakan latihan kecemasan dan kebakaran pada 27 September 2017. Program ini akan dijalankan dengan kerjasama dari Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Beliau memberitahu murid-murid tentang langkah-langkah yang perlu diikuti pada hari tersebut. Sebuah jentera bomba bersama anggota bomba akan hadir untuk menjalankan aktiviti simulasi kebakaran. Melalui latihan seperti ini diharap semua warga sekolah mendapat info dan sentiasa bersiap sedia dengan langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.


Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang Kejohanan Kriket dan Bola Sepak

Tarikh   : 21 - 24 September 2017
Tempat  : Sekolah Kebangsaan Wawasan USJ, Selangor
Anjuran : Persatuan Kriket  Malaysia

Pasukan Kriket Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) di bawah jurulatih guru SK Taman Putra Perdana iaitu Cikgu Mohd Izwan dan Cikgu Junaidi telah menyertai Kejohanan SAC U14 Inter District / Clubs 2017. Seramai 9 orang murid SKTPP mewakili kelab tersebut. Keputusannya : Sepang Rangers Cricket Club telah mendapat Tempat Ketiga.

Pasukan Kriket Sepang Rangers Cricket Club (SRCC)

Tarikh   : 22 Ogos 2017
Tempat  : SK Methodist Sungai Pelek

Kejohanan Bola Sepak MSSD Bawah 11 Tahun telah diadakan di padang SK Methodist Sungai Pelek. SK Taman Putra Perdana telah dipilih sebagai Pengerusi untuk kejohanan ini. SKTPP telah mendapat tempat kedua bagi Kejohanan ini.

Tarikh   : 24 Ogos 2017
Tempat  : SK Kota Warisan

SK Taman Putra Perdana telah menyertai Kejohanan Bola Sepak KATMO bawah 10 Tahun yang diadakan di SK Kota Warisan. SK Taman Putra Perdana telah mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan ini.


Majlis Pelancaran Ujana Ilmu

Guru besar, Puan Hajah Rohaidah Bt. Mohd Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Ujana Ilmu. Beliau menekankan objektif Ujana Ilmu iaitu:

1) Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2) Menggalakan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.
3) Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
4) Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran. 

Beliau juga menerangkan maksud Ujana Ilmu yang merupakan jenama baharu nama Pusat Sumber SKTPP bersempena penglibatan SKTPP dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017. Penjenamaan ini sebagai satu usaha dalam menarik minat warga SKTPP terutamanya murid-murid untuk melibatkan diri secara langsung terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah. Ujana Ilmu membawa maksud taman pengetahuan yang mengangkat pusat sumber sebagai agen utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan. 



Terima kasih buat YDP dan NYDP PIBG yang telah turut hadir memeriahkan majlis

No comments:

Post a Comment