Monday, September 18, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-34 (Sesi Petang)

Tarikh         : 18 September 2017

Hari            : Isnin


Masa          : 1.20 - 2.00 petang


Tempat       : Dewan Perdana



Pengacara Majlis : Puan Zauiyah bt Ismail



Guru bertugas :

1. Encik Afandi b Mat Zain
2. Puan Yani bt Mohammad Sharif
3. Puan Nor Maziah bt Abd Malek
4. Puan Fadhilah bt Talib
5. Puan Norazah bt Mohd Ali
6. Puan Zauiyah bt Ismail
7. Puan Siti Maziah bt Muhammad Tajuddin

Laporan Perhimpunan :


1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Nyanyian dipimpin oleh Puan Salmi bt Amir.


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Syafiq Ahnaf bin Mohd Kamarul Hisham.


3. Bacaan Ikran Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh Puan Zauiyah bt Ismail.


4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea bt Zuraidi.


5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nashirah bt Taib.



  • Murid Tahun 6 telah selamat menduduki peperiksaan UPSR.
  • Disiplin sepanjang minggu lepas terkawal.
6. Tema minggu ini : Kenali Vietnam
  • Vietnam adalah sebuah negara Asia Tenggara di Laut China Selatan yang terkenal dengan pantainya, sungai dan budayanya, pagoda dan kotanya yang padat.
  • Nama rasmi negara Vietnam adalah Republik Sosialis Vietnam. Negara ini juga berbatasan dengan China di utara, Laos di barat daya, Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina. Malaysia dan Indonesia merentasi Laut China Selatan di timur dan tenggara.
  • Bahasa rasmi adalah Bahasa Vietnam. Populasi Vietnam kira-kira 95,028,882 orang. Merupakan negara yang ke-66 terbesar di dunia dengan keluasan 331,210 km persegi. Hanoi adalah ibu kota Vietnam dan kota terbesar kedua di negara itu. 
  • Terdapat dua sungai yang terkenal di Vietnam iaitu Sungai Mekong dan Sungai Merah. Tanah di daerah ini amat subur untuk kegiatan penanaman padi.
7. Pengumuman : Aktiviti kokurikulum pada minggu ini berjalan seperti biasa iaitu kelab permainan dan persatuan.

8. Perkataan LAWAD :
  • Bahasa Malaysia  : Menyusul
  • Bahasa Inggeris    : Rules
  • Bahasa arab          : Maktabun
9. Ucapan Penolong Kanan Petang : Puan Jumilah bt Ahmad
  • Murid-murid mesti menghormati ibubapa, guru dan pelawat dengan memberi salam apabila berjumpa dengan mereka.
  • Murid-murid mesti sentiasa mengikut arahan dan menjaga disiplin sekolah.
  • Murid-murid jangan sama sekali ponteng sekolah.


Barisan guru bertugas



Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nashirah bt Taib


Ucapan Penolong Kanan Petang Puan Jumilah bt Ahmad


No comments:

Post a Comment