Karnival Pameran Kerjaya Peringkat Daerah Sepang 2017 merupakan satu program anjuran bersama SK KLIA, Majlis Guru Kaunseling Daerah Sepang dan PIBG SK KLIA. Sasaran utama program ini adalah:
Objektif Karnival ini dijalankan adalah untuk :
- Wakil murid dan guru Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Sepang
- Komuniti setempat sekitar SK KLIA
- Guru-guru SK KLIA dan Ibu/ Bapa/ Penjaga murid-murid SK KLIA
Objektif Karnival ini dijalankan adalah untuk :
- Membantu murid-murid mengenal pasti kerjaya berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang proses ke arah kerjaya, terutama yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
- Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan yang diadakan.
- Memberi peluang kepada komuniti untuk mengeratkan tali silaturrahim melalui aktiviti yang diadakan.
Pameran & Aktiviti Yang Dijalankan:
Terdapat 20 booth dari pelbagai agensi seperti Jabatan Tenaga Manusia (Pinjaman Buku), PTPTN, LPPKN, Pusat GIAT MARA Sepang, UNIKL-MIAT, Klinik Kesihatan Sepang, Bomba, PDRM, Team Selangor dan lain-lain lagi.
Pengunjung juga boleh berurusan atau mendapat perkhidmatan di Bas Bergerak LPPKN - Mama Care dan Kaunter Bergerak Lembaga Zakat Selangor. Terdapat juga Rumah Mistik dan Petting Zoo untuk dilawati. Pengunjung juga boleh bermain Roler Blade, Soopa Dopa dan Memanah yang dikendalikan oleh Team Selangor. Terdapat juga gerai-gerai makanan untuk pengunjung menjamu selera.
Wakil setiap sekolah rendah di daerah Sepang pula digalakkan menyertai Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis Poster Kerjaya dan Pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya & Aksi Lakonan.
SK Taman Putra Perdana turut menghantar 4 orang wakil bagi menyertai pertandingan yang diadakan.
Murid-murid tersebut terdiri dari :
- Justine Jana anak Joseph (Pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya)
- Hanis Syafiqah Bt Mohd Rashidi (Pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya)
- Muhammad Nur Rusyaidi Bin Bakri (Pertandingan Melukis Poster Kerjaya)
- Amer Iskandar bin Yusrithaudeen (Mewarna)
Wakil dari SK Taman Putra Perdana untuk Pertandingan Melukis Poster Kerjaya iaitu adik Nur Muhammad Rusyaidi telah berjaya mendapat tempat ketiga. Sementara adik Justine dan Hanis Syafiqah mendapat saguhati (tempat keempat) bagi pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya. Semua peserta mendapat hadiah dan sijil.
Bersama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar program..
AJK Pendaftaran dan Makanan Program
VIP yang terlibat: Y.Bhg Dato' Marsum Bin Paing merupakan perasmi program
Antara aksi-aksi cara melepaskan diri dari penjenayah dalam ceramah oleh PDRM
Wakil murid SKTPP bergambar di Petting Zoo dan game air yg terdapat di Karnival
Pertandingan melukis poster kerjaya dan mewarna
Antara aksi peserta pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya & Aksi
Adik Justine dan Anis Syafiqah wakil SKTPP
Barisan hakim dan peserta-peserta pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya & Aksi
Adik Rusyaidi mendapat tempat ketiga pertandingan Poster Kerjaya dan
Adik Justine & Anis Syafiqah mendapat saguhati (tempat keempat)
Guru-guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-sekolah Rendah Daerah Sepang yang terlibat sebagai guru pengiring dan AJK Pelaksana Program bergambar kenangan bersama Tn. Haji Mohamad Shamsul bin Shahid (Penolong Pegawai PPD) dan Pn Norma bt Edros (Guru Besar SK KLIA)
No comments:
Post a Comment