Tuesday, January 2, 2018

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2018 (Sesi Petang)

Tarikh   : 02 Januari 2018
Hari      : Selasa
Masa    : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Pengacara Majlis : Pn. Maizara binti Mahat


Agenda Perhimpunan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
-  Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku di bawah pimpinan Pn. Salmi binti Amir

2. Bacaan Doa oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan raya oleh semua murid dan guru diketuai Pn Maizara binti Mahat

4. Pengerusi majlis memperkenalkan guru bertugas mingguan
   - Hariz Safwan bin Yaacob
   - Rozimah binti Yaakob
   - Ahmad Junaidi bin Abdullah
   - Yani bt Mohammad Sharif
   - Maizara binti Mahat
   - Nora binti Sabihi
   - Nurazlin binti Mat Nor


5. Ucapan Guru Disiplin (Junaidi bin Abdullah)
   - Penggunaan pintu pagar A & B sewaktu datang dan balik
   - Diharap murid-murid dapat menjaga disiplin diri dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

6. Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn. Jumilah binti Ahmad)
 -Ucapan selamat datang kepada murid-murid Tahun 1. Semoga dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah sepanjang 6 tahun belajar di sekolah ini.
-Tahniah dan syabas pada semua murid yang dapat hadir pada hari ini dan diharap dapat mengubah tingkah laku yang tidak elok kepada lebih baik.
-Berharap semua murid mempunyai keazaman untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang daripada tahun lepas.
-Pastikan semua murid ada jadual waktu, buku-buku tulis yang siap ditulis nama dan kelas. Pastikan juga murid-murid ada 1 set buku teks dan 1 set buku aktiviti yang telah dibekalkan pada tahun 2017.
-Mengharapkan tahap kebersihan kelas berada pada penarafan A. Semua murid diharap dapat mengamalkan kebersihan sepanjang tahun.
- Berharap semua murid dapat menunjukkan adab dan disiplin yang tinggi bila berada dalam sesuatu majlis seperti majlis perhimpunan pada hari ini. 


7. Ucapan YDP PIBG (Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohamad Suffian)
 - Sebelum ke sekolah, murid-murid dinasihatkan untuk makan dahulu agar murid-murid sihat dan bertenaga
 -Tips ringkas semasa berdiri lama bagi mengelakkan pitam iaitu gerakkan ibu jari kaki dan juga jari-jari yang lain.


8. Ucapan Guru Besar (Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali)
   - Semua murid perlu menjaga berdisiplin dan sentiasa mengikut arahan guru
   - Memperkenalkan barisan pentadbir SKTPP

   - Mengumumkan keputusan pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017;
     SKTPP telah menerima Anugerah 5 BINTANG Peringkat Kebangsaan 2017 dalam majlis di PWTC bulan lepas,
   - Memaklumkan SKTPP akan meneruskan lagi penyertaan pertandingan Pusat Sumber Sekolah pada tahun ini. Pusat Sumber Sekolah SKTPP telah diberi nama "Ujana Ilmu" sejak tahun lepas.


9. Memperkenalkan guru-guru kelas tahun 1 hingga 3 sesi petang 2018


- Maskot Guru Penyayang 2018 iaitu Olaf dan Mickey Mouse turut muncul di Dewan Perdana semasa  sesi perhimpunan dijalankan


Perhimpunan sesi petang pada hari pertama persekolahan ini tamat pada pukul 2.45 petang dan diteruskan dengan Program Transisi Tahun Satu.

No comments:

Post a Comment