Monday, January 29, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 29 Januari 2018
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Salmi Amir


Guru Bertugas :
  1. En. Muhammad Saiffol bin Ngabiah
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Tuan Nor 'Ain binti Tuan Azhar
  5. Norazmira binti Kadirun
  6. Noor Hisham bin Mohd Noor
  7. Amalina binti Abdul Hamid
Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dipimpin oleh Puan Salmi Amir


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.



4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Damia Batrisyia Binti Ibrahim



5. Laporan guru bertugas minggu ke-4 disampaikan oleh Puan Nur Malisha


  • Pn. Nur Malisha  mengingatkan murid-murid supaya berhati-hati ketika bermain atau bergurau senda dengan rakan-rakan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 
  • Berlari-lari di Dataran Perhimpunan adalah dilarang. Murid-murid perlu berjalan menggunakan koridor.
  • Guru mengingatkan murid perempuan yang tidak bertudung, memastikan rambut sentiasa kemas dengan mengikat rambut dan memakai cekak rambut. Pastikan cekak rambut dan getah rambut yang dipakai berwarna hitam sahaja.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas.


7. Tema minggu ini :


Kebersihan

  • Guru mengingatkan murid memakai uniform sekolah yang lengkap. Pastikan uniform sekolah mempunyai lencana sekolah dan tanda nama.
  • Murid lelaki perlu memastikan rambut dalam keadaan pendek dan kemas serta tidak berfesyen.
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu  : Mengejar
  • Bahasa Inggeris : Waste
  • Bahasa Arab      : Ainun
10. Pelancaran Program 5 Minit Membaca
  • Pelancaran Program 5 Minit Membaca telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali. Berikut gambar-gambar sekitar majlis.








Perhimpunan rasmi minggu ke-5 tamat pada jam 2:10 petang

No comments:

Post a Comment