Tarikh : 15 Januari 2018
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
1. Pn. Norlida binti Othman
2. Pn. Roseniza binti Setapa
3. Pn. Grace a/p Danaraj
4. En. Zurilazman bin Abdullah
5. Pn. Zailezah binti Sardi
6. Pn. Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
7. Pn. Nur Murni binti Abdullah
8. Pn. Norli binti Hassan
9. En. Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
10. En. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
Laporan perhimpunan :
Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, dan lagu Aku Negaraku.
2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas iaitu Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Norli binti Hassan.
4. Bacaan Ikrar Murid yang diketuai oleh pengawas bertugas iaitu Nurin Adlina binti Hassan.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En Ahmad Mustafid bin Mat Sharif:
- Murid-murid yang datang dan balik sekolah menggunakan van dinasihatkan agar memaklumkan kepada pemandu van supaya turunkan murid di pagar B.
- Murid-murid juga dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan terutama pada waktu rehat.
- Selepas sesi pembelajaran pada hari Rabu jam 1.20 petang, sebelum waktu kokurikulum dijalankan, murid-murid lelaki dinasihatkan solat berjemaah di Dewan Putra manakala murid-murid perempuan solat berjemaah di surau.
- Murid-murid dinasihatkan agar membawa buku LAWAD untuk mencatat perkataan LAWAD sewaktu perhimpunan pagi.
Bacaan doa oleh Adik Muhammad Haziq Aiman dan
bacaan ikrar oleh Adik Nurin Adlina
Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norli dan Pn. Astina membimbing nyanyian lagu sewaktu perhimpunan. |
6. Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norli binti Hassan.
- Pn. Norli memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
- Ucapan guru bertugas berkaitan tema Misi dan Visi Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) :
- Visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah
- Misi PPDa : Melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan & kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
- Murid-murid disarankan agar terus mengingati visi dan misi PPDa ini agar dapat terus menghayati maksud & objektifnya.
Barisan guru bertugas
7. Ucapan pentadbir (PK Hal Ehwal Murid - Pn Rosmah binti Jamat)
- Murid-murid dinasihatkan agar mematuhi peraturan sekolah tentang penggunaan tangga sewaktu rehat dan balik.
- Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan tangga pejabat.
- Murid-murid juga dilarang melalui Dataran Perhimpunan sewaktu balik.
- Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini adalah latihan merentas desa. Murid-murid boleh berpakaian sukan.
Ucapan Pentadbir - Pn. Rosmah binti Jamat (Penolong Kanan HEM) |
8. Majlis Pelancaran Program IMFree peringkat sekolah.
- Program IMFree - bebas daripada pengaruh rokok.
- Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar, Penolong Pengarah, Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
menyampaikan ucapan.
Ucapan perasmian IMFree oleh Tuan Haji Mohd Ghazali
b. Hj Anuar, Penolong Pengarah, Unit PPDa,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.Gimik perasmian Program IMFree
No comments:
Post a Comment