Monday, January 8, 2018

Pelancaran Program Guru Penyayang 2018 (Sesi Pagi)

Majlis yang merupakan anjuran bersama Unit Guru Penyayang dan Unit Ujana Ilmu ini telah diadakan pada pagi Isnin, 08 Januari, 2018.

Majlis yang sentiasa menjadi pembuka tirai sesi persekolahan setiap awal tahun ini diadakan dengan tiga objektif utama iaitu:
  • Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
  • mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Sejurus selepas bacaan doa, majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP dan diserikan lagi dengan gimik pelancaran. Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik pelancaran Program Guru Penyayang 2018.

Antara momen yang sempat dirakam:


Gimik Perasmian

Acara Potong Kek

No comments:

Post a Comment