Friday, January 26, 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SKTPP 2018

Tarikh/Hari    :    18 Januari 2018 (Khamis)
Masa :  7.45 am (sesi pagi) dan  1.45pm (sesi petang)
Tempat :           Dewan Putra Perdana
Anjuran :          Unit Hal Ehwal Murid SKTPP

 Alhamdulillah seperti yang dimaklumkan, hari ini berlangsungnya satu majlis yang telah lama dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi 2018. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu, Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas kepada semua warga sekolah. Namun yang penting majlis ini merupakan simbolik kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepada Pengawas dan Ketua kelas, Penolong Ketua Kelas yang dilantik.

Seramai 227 pemimpin muda sesi pagi iaitu Pengawas Sekolah 95 murid, Pengawas Ujana Ilmu 74 murid, dan Ketua kelas dan Penolong Ketua kelas 68 murid. Manakala sesi petang pula seramai 144 pemimpin muda iaitu Pengawas Sekolah 68 murid, Pengawas Ujana Ilmu 18 murid dan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 58 murid yang telah diberi pengiktirafan di dalam majlis tersebut.

Bagi sesi pagi majlis diacarakan oleh  Pn. Nurliza bte Abd Rahman dan dengan memohon keberkatan majlis, bacaan doa telah dibaca oleh  Ustaz Zurilazman Bin Abdullah. Turut hadir Tn. Hj Khairul Azhar B. Mohammad Suffian (Yang Dipertua PIBG SKTPP) menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada pemimpin muda yang menerima pengiktirafan pelantikan pada hari itu. Majlis diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Azizah Binti Mokhlas.

Bagi sesi petang majlis diacarakan oleh  Pn Yani Binti Mohammad Sharif. Bagi memohon keberkatan majlis bacaan doa telah dibacakan oleh : Ustaz Hadri bin Ag. Idris, seterusnya ucapan Penolong Kanan Petang iaitu Pn Jumilah Binti Ahmad.

Ketua Pengawas Sekolah Sesi Pagi : Nurin Adlina Bt Hassan (6 Surgeri)
Penolong Ketua Pengawas Sekolah Sesi Pagi : Reeshmanraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri)
Ketua Pengawas Sekolah Sesi Petang : Damia Batrisya Bt Ibrahim ( 3 Intelek )
Penolong Ketua Pengawas Sekolah Sesi Petang : Rayyan Hayy Bin Zunaizan (3 Jujur)

Ketua Pengawas Ujana Ilmu Sesi Pagi : Amalina Huda Bt Mohd Saidi 6 Surgeri)
Penolong Ketua Pengawas Ujana Ilmu Sesi Pagi : Nur Zakia Amni Bt Mohd Azmi (6 Surgeri)
Ketua Pengawas Ujana Ilmu Sesi Petang : Muhammad Faris Hakim Bin Azman (3 Intelek)
Penolong Ketua Pengawas Ujana Ilmu Sesi Petang : Sharifah Qaseh Bt Said Khairuddin (3 Intelek)

Berikut adalah gambar-gambar kemeriahan di hari pelantikan watikah bagi sesi pagi dan sesi petang.

Ucapan Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Azizah Binti Mokhlas
Tn. Hj. Khairul Azhar B. Mohammad Sufian YDP PUBG sedang memberi ucapan
Tn Hj Khairul Azhar sedang menyampaikan watikah
Tn Hj Khairul Azhar sedang menyampaikan watikah

Pengawas Sekolah sesi pagi sedang membaca ikrar

Pengawas Ujana Ilmu sesi pagi sedang membaca Ikrar

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi pagi sedang membaca ikrar

Pn. Azizah sedang menyampaikan watikah pelantikan

En. Shahrizal sedang menyampaikan watikah pelantikan

Sebahagian murid sedang menunggu giliran

Ucapan Penolong Kanan Petang : Pn. Jumilah Binti Ahmad

Pengawas Sekolah sesi petang sedang membaca ikrar

Penolong Ketua Pengawas Sekolah sesi petang 

Ketua Pengawas Sekolah sesi petang


Penolong Ketua Pengawas Ujana Ilmu sesi petang

Pengawas Ujana Ilmu sesi petang sedang membaca ikrar

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi petang sedang membaca ikrar

Pn. Rozimah sedang menyampaikan watikah perlantikan

Pengawas Ujana Ilmu sesi pagi sedang membaca Ikrar

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi petang sedang membaca ikrar




Murid - murid gembira dengan watikah masing- masing


Semoga dengan pelantikan ini, dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada barisan pemimpin muda ini dalam menggalas tanggungjawab serta menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu- ragu.

Sekian. Terima kasih
Disediakan Oleh : Salmi Adnan

No comments:

Post a Comment