Tarikh: 7 Januari
2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Norli Binti Hassan
Senarai Guru Bertugas:
1. Srimahathevan
2. Ahmad Zubair
3. Norasmawati
4. Zailezah
5. Siti Aisah
6. Umi Nazrah
7. Arjunawati
8. Nor Hana
9. Safinatunajakh
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Norli Binti Hassan
Senarai Guru Bertugas:
1. Srimahathevan
2. Ahmad Zubair
3. Norasmawati
4. Zailezah
5. Siti Aisah
6. Umi Nazrah
7. Arjunawati
8. Nor Hana
9. Safinatunajakh
Barisan guru bertugas sesi pagi minggu ke-2 |
Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
- Bacaan Doa oleh Muhammad Syahmi Wafiq Bin Shahril Nizam (6 Tabla)
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norli Binti Hassan
- Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal (6 Tabla)
2. Laporan Bertugas Minggu Lepas - Cik Roslinda Binti Mansor
- Murid-murid masih keliru untuk menggunakan tangga yang betul untuk turun dan naik ke kelas. Guru menerangkan tangga yang betul.
- Masih terdapat ramai murid yang datang lambat ke sekolah yang mana sepatutnya murid-murid wajib ada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
- Apabila beratur di Dataran Perhimpunan, barisan setiap kelas adalah berdua-dua dan letakkan beg sekolah di bahagian tengah barisan kelas masing-masing. Apabila beratur di Dewan Terbuka, barisan setiap kelas adalah bertiga-tiga dan beg sekolah diletakkan di riba masing-masing.
3. Ucapan Tema - Peraturan sekolah 1 oleh Pengerusi Majlis (Puan Norli Binti Hassan)
4. Pengumuman Aktiviti Kokurikulum bagi tahun 2019 - Puan Astina:-
- Perjumpaan aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu, mulai 9 Januari 2019.
- Bermula dari jam 7.30 - 8.30 pagi dan 1.20 - 2.20 petang.
- Perjumpaan pertama 7.30 pagi : Mesyuarat Agung untuk Unit Beruniform
- Perjumpaan kedua 1.20 petang : Mesyuarat Agung untuk Kelab dan Persatuan
- Jadual tempat perjumpaan kokurikulum ditampal di papan kenyataan di luar kawasan bilik persalinan.
5. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran - Puan Azizah Binti Mokhlas:-
- Murid-murid hendaklah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa fokus dalam kelas semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) berjalan.
- Berazam untuk datang ke sekolah setiap hari dan jangan ponteng sekolah. Mohon sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.
- Apabila berada di dalam kelas, mohon agar murid-murid sentiasa menjaga kebersihan serta menjaga harta benda kelas masing-masing dengan dengan sebaik-baiknya.
- Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib bagi semua murid Tahap 2. Surat makluman akan diedarkan untuk pengetahuan ibu bapa dan penjaga.
No comments:
Post a Comment