Friday, January 25, 2019

Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019

Tarikh     :   25 Januari 2019
Hari        :    Jumaat
Masa       :   7.45 - 8.15 (Sesi Pagi)
                     1.45 - 2.15 (Sesi Petang)
Tempat   :    Dewan Perdana, SKTPP

Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah berjaya melancarkan Program 5 Minit Membaca peringkat sekolah 2019. Program ini telah dijalankan selepas bacaan Yassin dan telah mendapat kerjasama dari semua warga SKTPP.

Program 5 Minit Membaca diadakan adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga SKTPP terutamanya murid-murid.
  • Memberi pendedahan kepada warga SKTPP mengenai adanya mengenai adanya program 5 Minit Membaca.
  • Memberi peluang kepada seluruh warga SKTPP untuk melibatkan diri dalam program membaca.
  • Sebagai medium komunikasi antara Ujana Ilmu dengan warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu.
  • Menarik minat warga SKTPP untuk mengimarahkan Ujana Ilmu sebagai pusat informasi.

Majlis pelancaran ini telah dimulakan dengan penerangan ringkas tentang program ini yang telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita Binti Md. Enarji selaku Guru Perpustakaan Dan Media. Seterusnya, program ini telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali. Beliau menyatakan sepenuh sokongan dan kerjasama dalam program-program Ujanq Ilmu dan berharap agar segala program yang dirancang oleh Ujana Ilmu berjaya dan memberi kesan yang besar kepada murid-murid di sekolah.

Paparan warna-warni program yang sempat dirakamkan ketika majlis pelancaran berlangsung:-

Buku Program Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019
Bunting Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019

Sebahagian murid yang bersama-sama menjayakan program pada hari ini.

Puan Nurliza Binti Ab Rahman selaku pengerusi majlis

Ustaz Mahadir Bin Midun membacakan doa agar program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan diberkati ALLAH

Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali memberikan ucapan seterusnya merasmikan Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019

Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali bergambar bersama Penolong Kanan Akademik, Puan Azizah Binti Mokhlas

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan jawatankuasa program

Sebahagian pengawas Pusat Sumber mengabadikan kenangan bersama pentadbir dan guru-guru SKTPP

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga diberikan kepada barisan pentadbir SKTPP atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program ini dapat menyemai sifat cintakan buku dan ilmu dalam kalangan pelajar SKTTP.

   "UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN"

Disediakan oleh :
Syahirah binti Tumar

No comments:

Post a Comment