Monday, January 28, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-5 (Sesi Pagi)

Tarikh : 28 Januari 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan, SKTPP


Guru Bertugas:
1. Encik Muhammad Afiq bin Azli  (K)
2. Puan Nor-Azura binti Mustafa (P)
3. Puan Noriza binti Md Nor
4. Puan Nurliza binti Ab Rahman
5. Puan Rafidah binti Salleh
6. Cik Komagal a/p Kunaisekaran
7. Puan Nurzainon binti Mohd Razalli
8. Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
9. Puan Parimala a/p Vengadasalam





 Barisan guru bertugas Minggu ke-5



Laporan Perhimpunan


1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar 


  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian tiga buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Nor- Azura Mustafa
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nadiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)


Pn Nor-Azura Mustafa mengetuai bacaan ikrar

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Arrny Yusnita binti Md Enarji

  • Memberi peringatan kepada murid-murid agar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Mengingatkan semua murid supaya menutup paip air dan menggunakan air  dengan cermat bagi mengelak pembaziran.
  • Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber diminta memakai seragam lengkap pada 29 Januari 2019 bagi upacara pelantikan.


Laporan Minggu ke-4 oleh Pn Arrny Yusnita


3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  oleh Pn Nor-Azura Mustafa
  • Tema bagi Miggu ke-5: Kebersihan dan penampilan diri.
  • Pn Azura meminta semua murid sentiasa menjaga kebersihan diri. Murid-murid diingatkan agar mandi, menggosok gigi, menyikat dan mengikat rambut serta memotong kuku yang panjang sebelum hadir ke sekolah.
  • Seterusnya beliau memperkenalkan barisan guru bertugas bagi minggu ke-5.
Pesanan dan pengumuman disampaikan



4. Majlis penyampaian hadiah dan anugerah kepada beberapa orang guru dan murid .

Tahniah dan syabas diucapkan !


Senarai nama penerima anugerah.








5. Ucapan Penolong Kanan PPKI, Pn Norhamizah binti Hamzah

  • Murid-murid diingatkan supaya datang awal sebelum 7.30 pagi. Ini akan memberi ruang kepada murid untuk bersedia sebelum pembelajaran bermula.
  • Murid-murid aliran perdana, diingatkan supaya tidak bermain di kawasan kelas PPKI, kerana ia boleh mengganggu pembelajaran murid di dalam kelas-kelas tersebut.
  • Beliau juga berpesan, agar semua murid lelaki memastikan rambut mereka dipotong pendek dan kemas sesuai dengan tatacara pemakaian di sekolah.

    No comments:

    Post a Comment