Thursday, January 24, 2019

Program Semarak Sahsiah (Tahun 2 & 3)

Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga akan pujukan dan nasihat para guru. Kolaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin & Panitia Agama Islam diharapkan mampu mencapai objektif utama iaitu mengurangkan bilangan murid yang tidak menghormati guru dan yang tidak berperaturan.

Program ini akan diadakan sebanyak 3 fasa mengikut perancangan tahun ini. Diharapkan ingatan demi ingatan, nasihat demi nasihat, pujukan demi pujukan oleh guru mampu memberi kesan kepada murid-murid dalam menyemai sikap menghormati guru dan beradab sopan.

Berikut paparan sepanjang program dijalankan :

Pn Nik Rosmaliza sebagai Pengerusi Majlis dalam slot pertama ceramah Tahun 3

Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

Murid-murid menadah tangan memohon keberkatan daripada Allah SWT

Penceramah hari ini En Samri bin Othman

Murid Tahun 3 memberi sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan
Pn Juli mempengerusikan majlis dalam slot yang kedua bersama murid Tahun 2
                                 
Slot kedua, En Samri bersama-sama murid Tahun 2

Semoga apa yang disampaikan menjadi ingatan kepada kamu semua

Cikgu Ahmad Junaidi memulakan taklimat disiplin dengan senyuman

Taklimat disiplin disampaikan oleh Cikgu Junaidi berkaitan dengan peraturan-peraturan di sekolah

No comments:

Post a Comment