Friday, January 18, 2019

Program Minggu Transisi Tahun 1 2019


Tarikh : 2 - 18 Januari 2019
Hari     : Isnin - Jumaat (selama 3 minggu)

Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal samada di rumah atau di prasekolah kepada pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah. Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.

Objektif Program Transisi :
1. Memperkembangkan sosio-emosi, menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh sukatan Tahun 1.
3. Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran dan  pembelajaran.
4. Menangani perbezaan murid yang masuk ke Tahun 1 dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta latar belakang dan pengalaman.
5.  Menyepadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih formal di Tahun 1.
6. Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.
7. Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak mereka.

Antara maklumat penting Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 ialah:

  • Tempoh Pelaksanaan Program : 3 minggu (02 Januari 2019 hingga 18 Januari 2019)
  • Murid tidak perlu bawa buku. Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Modul disediakan oleh pihak sekolah dengan bayaran RM12.
  • Guna tanda nama sementara yang disediakan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti yang terdapat di belakang tanda nama tersebut.
  • Jadual waktu akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaan jadual pada 22 Januari 2019.
  •  Ibubapa hanya dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari persekolahan.
  • Pada hari yang ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan terus dari rumah. Tidak perlu bawa pakaian seragam sekolah.
  • Jadual waktu persekolahan sepanjang tempoh Program Transisi Tahun 1:

         > Isnin hingga Khamis           : 1.20 tengah hari – 6.40 petang
         > Jumaat                                :  2.20 petang  – 6.10 petang
        * Selaras semua murid Tahun 1 termasuk murid bukan Islam (Moral).

Memperkenalkan barisan Guru Kelas Tahun 1:
  • Android                 - Puan Azizah binti Ab Hamid
  • Debian                   - Pn. Nor Latipah binti Che Yusoff
  • Fedora (Moral)      - Pn. Nor Holwani binti Yahaya
  • Mandriva               - Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman
  • Nitrux                    - Pn. Nor Rafini bt Othman
  • Oracle                    - Pn. Nor Azian binti Ahmad
  • Redhat                   - Pn. Zauiyah binti Ismail
  • Solaris (Moral)      - Pn. Roslelawati binti Ibrahim
  • Unix                      - Pn. Norhidayu binti Sadri (pengganti sementara Pn. Ummu A’thiah binti Hj Hashim)
  • Windows               - Pn. Nur Malisha binti Omar

Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.
Antara kenangan yang berjaya dirakam oleh lensa kamera sepanjang Program Transisi Tahun 1 berlangsung:


Murid tahun 1 disambut oleh para pentadbir sekolah di hari pertama persekolahan

Murid mengalunkan Lagu Negaraku di bawah pimpinan Puan Salmi Binti Amir

Murid Tahun 1 mengikut bacaan Ikrar Rukun Negara 

Ucapan perasmian Program Transisi Tahun 1 oleh Guru Besar; 
Puan Rohaidah Binti Mohd Ali

Ibubapa yang hadir di hari pertama persekolahan

Murid Tahun 1 dihiburkan dengan kehadiran dua maskot iaitu 
Mickey Mouse dan Minnie Mouse

Murid Tahun 1 tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru bertugas

Murid membuat latihan di dalam Modul Transisi Tahun 1

Ceramah Keselamatan Diri yang disampaikan oleh Puan Nor Arzah Binti Hussin

Sesi soal jawab mengenai ceramah keselamatan diri

Taklimat ringkas mengenai penggunaan Ujana Ilmu yang disampaikan oleh
Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

Penerangan mengenai kad pinjaman buku

Murid terlibat dengan Acara Sukaneka Transisi Tahun 1

Air minuman disediakan untuk murid ketika waktu rehat

Antara guru yang terlibat dalam Acara Sukaneka Transisi Tahun 1


Disediakan Oleh,
Nashirah







No comments:

Post a Comment